Untuk Makluman Semua Murid dan Ibu Bapa & Penjaga Yang Berkenaan.
Tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah 2011 adalah secara sistem on-line.
Sekian dimaklumkan.
Semakan dan cetakan surat tawaran boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my mulai 02 Mei 2011.
Tarikh Pendaftaran di sekolah-sekolah Pusat Tingkatan 6 bagi calon yang berjaya adalah pada 09 Mei 2011.
Kepada mereka yang berjaya dan akan mendaftar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang,
Selamat Datang Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Pusat Tingkatan 6 Terulung Daerah Hulu Langat.
Sekian dimaklumkan.
5 comments:
hi..nak tanya kalau nak tukar jurusan sains ke jurusan kemanusiaan nak tukar di sekolah atau pejabat pendidikan?
Daftar dahulu di sekolah pusat tingkatan 6 yang ditawarkan, kemudian setelah selesai urusan pendaftaran baru minta borang dari sekolah untuk mohon tukar jurusan. Pihak sekolah akan kumpulkan semua borang permohonan dan hantar ke PPD untuk tindakan lanjut. Tak perlu tergesa-gesa nak terus minta tukar jurusan, ada banyak masa. Yang penting fikir masak-masak jangan dengar cakap orang, lebih-lebih lagi yang separuh masak itu!
ok..saya dengar jurusan sains pun boleh ambil pengajian perniagaan dan akaun..adakah itu betul ataupun subjek-subjek ini cuma boleh diambil olah pelajar jurusan kemanusiaan?
by the way,terima kasih atas jawapan di atas..
Seorang lagi... dengar cakap dari orang yang 'separuh masak'. Nak tahu dengan jelas dan tepat, tunggu hari pendaftaran nanti, dengar taklimat akan diberikan dengan teliti dan soal dan tanyalah sepuas-puasnya apabila sesi soal jawab dibuka. Apa yang berlaku dari pengalaman lepas-lepas, semasa taklimat, mereka yang hadir tidak memberikan perhatian dan tumpuan kepada maklumat yang sedang diberikan oleh pihak sekolah tetapi sibuk borak dengan kawan-kawan mengenai ' mana nak belajar, apa buat sekarang, u dari mana, berapa A u dapat, itu, ini, bla..blah..blah.. Sampai sesi soal jawab dibuka, tiada yang berani nak tanya....
Can I take these subjects: Seni, PA, literature in english and ekonomi? If I'm living far away from here and want to shift to this school when I'm form 6 next year, is there any hostel for girls? Or perhaps any transportation from KHS to subang area? Thanks.
Post a Comment