Saturday, October 9, 2010

Kedudukan PMR, UPSR Diumum 'Bila-Bila Masa'

Keputusan sama ada untuk memansuh atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat pada "bila-bila masa", kata Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zarkashi.

Katanya, pengumuman rasmi berhubung keputusan itu akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran.

"Ia akan dibuat pada bila-bila masa sahaja...Sebab (perkara) ini kita tidak perlu buat secara terburu-buru.

"(Kita) perlu buat secara berhati-hati untuk memastikan keputusan yang kita buat itu, adalah keputusan yang terbaik untuk pelajar-pelajar kita.

"Kita belum buat keputusan yang terakhir. (Perkara) ini terserah kepada menteri untuk buat keputusan. Kita telah dimaklumkan laporan itu sudahpun disiapkan. Dan pada saya, elok kita tunggu keputusan (daripada beliau)," katanya dalam satu media di ibu negara pagi ini.

Puad berkata keputusan itu juga perlu mengambil kira objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan modal insan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Muhyiddin bahawa pengumuman keputusan untuk memansuhkan atau mengekal PMR dan UPSR akan dibuat selepas raya.

Sumber: Sila baca disini.

0 comments:

Post a Comment