Saturday, June 18, 2011

Hari Penyerahan LKAP KHS 2011







Thursday, June 16, 2011

Program Menampal Erata Novel Interlok







BSMM SMK Tinggi Kajang Pelopori Program Penanaman Pokok Bakau & Sumbangan Untuk Mangsa Tsunami Di Jepun

Bulan Sabit Merah Malaysia SMK Tinggi Kajang melalui inisiatif guru penasihatnya En. N. Murugan, yang juga Pengarah Program Penanaman Pokok Bakau 2011 merangkap Setiausaha Kehormat BSMM Selangor telah mempelopori Program Penanaman Pokok Bakau di Telok Gong, Kelang, Selangor sempena Hari Bulan Sabit Merah Sedunia pada 8 Mei 2011.

Pada masa yang sama Majlis Penyampaian Sumbangan Kewangan Untuk Mangsa Tsunami Jepun juga telah dilangsungkan. Sumbangan kewangan tersebut telah pun diserahkan kepada En. Koichi Ito, Menteri dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jepun di Malaysia (Minister & Deputy Chief of Mission, Embassy of Japan in Malaysia). Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi BSMM Selangor, Puan Fatimah binti Sulaiman. Program telah disertai oleh ahli-ahli BSMM dari 4 buah universiti dan 12 sekolah menengah dari negeri Selangor.

En. N.Murugan bersama ahli-ahli BSMM dari SMK Tinggi Kajang
Bergambar bersama dengan delegasi dari Jepun
Peserta-peserta sedang melakukan penanaman 
pokok bakau  di tapak yang ditetapkan
Peserta-peserta dari SMK Tinggi Kajang gembira dapat memberikan sumbangan
Para peserta bergambar untuk kenangan abadi
Pn. Fatimah, Pengerusi BSMM Selangor bersama En. N. Murugan menyampaikan 
sumbangan kewangan untuk mangsa tsunami Jepun kepada En. Koichi Ito

Pn. Fatimah, Pengerusi BSMM Selangor dan En. Koichi Ito
sedang menanam pokok bakau pada tapak yang telah disediakan
Para jemputan kehormat menanam pokok bakau di tapak yang telah disediakan
En. Koichi Ito menyampaikan ucapan terima kasih dia tas sumbangan kewangan dan keprihatinan

Majlis perasmian program
Penyampaian sumbangan kewangan oleh penaja program
Para peserta menjamu selera menghilangkan kelaparan
Penyampaian cenderamata sebagai tanda terima kasih dan kenangan

Tuesday, June 14, 2011

Hari Penyerahan Laporan Akademik Pelajar KHS

Hari Penyerahan Laporan Akademik Pelajar akan diadakan pada 18 Jun 2011, mulai 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Semua ibubapa dijemput hadir menerima laporan dan berbincang dengan guru-guru demi kecemerlangan anak-anak warga KHS.

Harap Maklum.

Friday, June 3, 2011

Daulat Tuanku


DAULAT TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah


Semoga Allah Lanjutkan Usia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda
Pada 4 Jun 2011 Bersamaan 2 Rejab 1432H

Sembah Takzim Daripada Seluruh Warga  
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang,
Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor


Saturday, May 28, 2011

Sambutan Hari Guru KHS 2011

Gambaran awal kemeriahan sambutan Hari Guru SMK Tinggi Kajang

Tuan Pengetua, Y.Bhg. En. Nik Mat bin Nik Man menyampaikan 
Perutusan Hari Guru Menteri Pelajaran diikuti dengan ucapannya

Penolong Kanan, Pn. Normah binti Hashim
membacakan Perutusan Hari Guru KPPM

Prof Madya Dr. Ebil bin Yusoff
selaku YDP PIBG menyampaikan ucapan

Ketua Murid 2011 mengucapkan Selamat Hari Guru
bagi pihak semua murid kepada semua guru SMK Tinggi Kajang

Guru-guru di Bilik 1,
yang lelaki itu kenapa degil sangat, takde pakaian sedondonke!

Guru-guru di Bilik 2, lelaki yang tersorok itu ialah 
En. Ng Chik Leong yang diraikan pesaraannya pada hari ini juga.

Guru-guru di Bilik 3

Guru-guru di Bilik 4, juara pakaian sedondon tahun ini!
 Tahun depan warna apa pulak?

Lagi gambar, klik sini.

Monday, May 23, 2011

Perutusan Menteri Pelajaran Sempena Hari Guru Tahun 2011

Perutusan Menteri Pelajaran Sempena Hari Guru Tahun 2011


Untuk lihat teks, cetak atau muat turun, sila klik di sini.


Wednesday, May 18, 2011

Hari Guru Yang Mengecewakan!


Lebih0 400,00 Guru Biasa Kecewa Dipinggirkan
Mei 18, 11 5:09pm
Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

lok yim pheng nutp sec gen 060905Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.
Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.
Ramai tak puas hati

Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Baca lagi di sini.

Tuesday, May 17, 2011

KPM Jawab Pertanyaan Perihal Pemberian Biasiswa Guru Di Bawah Skim Cuti Belajar

Utusan Malaysia bertarikh 11 Mei 2011 – BERIKAN BIASISWA GURU DI BAWAH SKIM CUTI BELAJAR

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Cekal, Selangor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia bertarikh 11 Mei 2011 – Berikan biasiswa guru di bawah skim cuti belajar.

Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) mula dilaksanakan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2010. Program ini diadakan sebagai alternatif kepada Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) yang ditangguhkan pada tahun 2010. Selain daripada Program HLP, program-program lain yang melibatkan biasiswa juga ditangguhkan pada tahun 2010.

Seramai 182 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) telah ditawarkan CBBP TB untuk mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun 2010.

CBBP TB Tahun 2010 telah jelas menyatakan bahawa PPPS yang diluluskan mengikuti program ini hanya diberikan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh sahaja dan PPPS berkenaan dikehendaki membiayai sendiri yuran pengajian serta kos-kos yang berkaitan pengajian.

Sepanjang mengikuti pengajian dibawah program CBBP TB, PPPS masih diberi menikmati kemudahan berikut:

i) Diberi gaji penuh dan elaun-elaun yang berkelayakan;
ii) Diberi pergerakan gaji sebenar sepanjang tempoh kursus sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2002;
iii) Boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat sekiranya memenuhi syarat;
iv) Tempoh CBBP TB tidak menjejaskan kekananan;
v) Tempoh CBBP TB boleh di masuk kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Untuk pengesahan, baca di sini.

Wednesday, May 11, 2011

Perutusan Khas Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Hari Guru Tahun 2011

Perutusan Khas Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Hari Guru Tahun 2011

Baca di sini.

Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Sempena Hari Guru Tahun 2011

Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Sempena Hari Guru Tahun 2011

Sila baca di sini.

 

Tuesday, May 3, 2011

KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN 6 BAWAH 2011

Untuk Makluman Semua Murid dan Ibu Bapa & Penjaga Yang Berkenaan. 

Tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah 2011 adalah secara sistem on-line.

Semakan dan cetakan surat tawaran boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my  mulai  02 Mei 2011.

Tarikh Pendaftaran di sekolah-sekolah Pusat Tingkatan 6 bagi calon yang berjaya adalah pada 09 Mei 2011.

Kepada mereka yang berjaya dan akan mendaftar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang,

Selamat Datang Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Pusat Tingkatan 6 Terulung Daerah Hulu Langat.

Sekian dimaklumkan.


Friday, April 8, 2011

Sejarah Sekolah



Pengasas sekolah sejak 1916

SEJARAH SEKOLAH


Sesi persekolahan dimulakan pada 17 Mac 1919. Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang (SMK Tinggi Kajang) pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Inggeris Kerajaan Kajang. Bangunan asalnya ialah Rumah Rehat Kerajaan yang lama berhampiran dengan Balai Polis Kajang. Jumlah murid pada peringkat permulaan ialah 70 orang lelaki dan perempuan.

Penubuhan sekolah ini turut diperjuangkan oleh Taukeh Ng Bow Thai, Allahyarham Raja Alang, Encik Arumpalan, Encik V.Sabapathy dan Encik Gan Boon Teik. Mereka menghantar permohonan kepada pihak kerajaan untuk mengasaskan sebuah sekolah Inggeris di Daerah Kajang. Perjuangan mereka ini telah bermula sejak tahun 1916.

Pada awalnya sekolah ini menerima murid-murid untuk kelas Persediaan dan Kelas Menengah Rendah. Tenaga pengajarnya terdiri daripada seorang guru besar dan tiga orang guru. Bilangan ini bertambah seiring dengan bilangan murid yang diterima masuk.

Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Kesusasteraan Inggeris, Geografi, Sejarah, Ilmu Hisab (Matematik), Algebra, Geometri, Lukisan, Penulisan dan Ilmu Kesihatan. Di akhir tahun murid-murid akan menduduki peperiksaan Junior dan Senior Cambridge yang diadakan setiap tahun di Dewan Bandaran, Kuala Lumpur.

Sekolah ini berpindah ke tapaknya sekarang seluas 11.3 hektar sebelas tahun kemudiannya. Namanya turut berubah menjadi Kajang High School. Bangunan utama yang ada sekarang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Alaiddin Suleiman Shah K.C.M.G Sultan Selangor, pada 1 April 1930. Pada masa ini pelajarnya seramai 402 orang.

Pada tahun 1932, bilangan murid meningkat seramai 403 orang dan telah dijadikan pusat peperiksaan buat pertama kali semenjak penubuhannya. Menjelang 1933, jumlah itu merosot kepada 318 orang sahaja akibat kemelesatan ekonomi dunia. Sebelum perang, jumlah kelas tidak melebihi 13 kelas dan pertukaran gugu-guru jarang berlaku. Guru Besar hanya bertugas satu atau dua jam sahaja dalam sehari di sekolah.

Pada zaman kemaraan Jepun di Tanah Melayu, bagunan sekolah ini telah diambil alih oleh pihak tentera Australia sebagai tempat tinggal. Operasi sekolah bertukar ke Sekolah Convent Kajang dan berjalan pada sesi petang.

Bermula pada 6 Disember 1941 hingga 12 Septeber 1945, bangunan sekolah ini menjadi ibu pejabat tentera Wilayah Jepun dan dikenali sebagai “Toa Seinen Gakko”. Sekali lagi sekolah ini dipindahkan ke Panggung Wayang Nasional (Sekarang pusat Karaoke). Kemudian ia dijadikan Maktab Latihan Perguruan yang pertama di negara ini. Semua buku dari Maktab Raffles dipindahkan ke sini. Selepas perang tamat, buku-buku ini dihantar kembali ke Maktab Raffles (Singapura) pada tahun 1946.

Sekolah ini sungguh bernasib baik kerana tidak mengalami kerosakan semasa Perang Dunia ke Dua. Selepas perang, bilangan muridnya bertambah dengan pesat. Ramai pelajar yang pernah bersekolah pada tahun 1941 telah bersekolah semula tahun 1945.

Mata pelajaran Sains mula diperkenalkan pada tahun 1946. Pada waktu ini makmal sains belum didirikan. Hampir setahun lamanya hanya pelajaran secara teori yang disampaikan. Kemudian dua buah kelas telah dijadikan Makmal Sains.

Pada 7 April 1955, sebuah sekolah rendah (Sekolah 1 dan 2 sebagai sekolah pembekal) telah dibuka oleh DYMM Sir Hishamud’din Alam Shah K.C. M.G. Sultan Selangor. Bilangan Murid pada tahun ini telah meningkat kepada 1143 orang berbanding dengan purata 300 orang pada zaman sebelum perang Dunia ke Dua.

Pada tahun 1958, SMK Tinggi Kajang dibahagikan kepada dua bahagian yang berasingan iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah serta di bawah Pentadbiran Guru Besar dan badan Pengelola yang berasingan.

Pada tahun yang sama juga, bengkel untuk mata pelajaran vokasional (pertukangan kayu, kerja logam, kaji elektrik dan kaji daya kuasa) siap dibina. Pengambilan kumpulan murid yang pertama bagi mengikuti pelajaran tersebut telah dimulakan apabila sistem Pendidikan Komprehensif diperkenalkan. Bilik-bilik tambahan seterusnya dibina pada awal bulan Disember 1964 untuk pengajaran mata pelajaran Seni Perusahaan.

Pihak sekolah telah mengubah suaikan dewan sekolah untuk dijadikan perpustakaan yang dinamakan perpustakaan Low Ti Kok sempena nama salah seorang pengasas SMK Tinggi Kajang. YB Encik Abdul Rahman bin Haji Talib (Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) telah merasmikannya pada 30 Julai 1960.

Sebuah blok sains telah dirasmikan oleh YB Encik Kum Poo (Pengarah Sekolah Malaysia) pada 23 Julai 1970. Kelas sains tulin untuk tingkatan 4 yang pertama bagi Daerah Hulu Langat dibuka di sini.

Untuk menampung murid-murid yang tinggal jauh, sebuah asrama kecil daripada kayu telah dibina yang menempatkan kira-kira 90 orang murid. Pembinaan bangunan baru dimulakan pada tahun 1975 dan dirasmikan pada 1 Julai 1975 oleh Encik Chan Sang Chang bagi pihak YB Dr Mahathir bin Mohamad. Asrama ini kemudian dikenali sebagai Asrama Tun Dr Abdul Aziz. Walau bagaimanapun asrama ini telah mengalami kebakaran pada bulan April 1998 dan telah diperbaiki.

Menjelang tahun 1982, sekolah ini terdiri daripada 11 blok iaitu 31 buah bilik darjah, 4 buah makmal sains, 4 buah bilik pertukangan, 1 bilik perpustakaan, 1 dewan, 2 buah kantin dan asrama.
Pada 2 Jun 1988, sebuah blok bangunan baru mengandungi 8 bilik darjah mula digunakan menampung kelas terapung yang telah wujud sejak tahun 1982. Pihak sekolah juga telah menerima sebuah surau yang dinamakan “Al-Rahman” dan telah dirasmikan pada 13 Februari 1993. Bangunan “papan” juga telah diubahsuai menjadi bangunan batu bermula pada bula Oktober 1994. Pada akhir tahun 1998, kerja-kerja membina sebuah lagi blok bangunan empat tingkat telah dimulakan.

Nama sekolah “Kajang High School” telah diubah kepada SMK Tinggi Kajang. Cogan kata dalam bahasa latin ‘Labor, Omnia, Vincit” yang bermaksud ‘harworking can overcome all difficulties’ telah ditukar kepada ‘Berilmu, Berdisiplin, Berjaya” pada tahun 1982. SMK Tinggi Kajang megah dengan warna merah putih yang terpancar melalui lencana dan bendera sekolah.

Usia SMK Tinggi Kajang yang kini berusia 92 tahun sudah tentunya telah mengukir pelbagai kejayaan dan kegemilangan yang menjadi kebanggaan warganya. Di sinilah lahirnya tokoh-tokoh penting yang telah menyumbang kepada pembangunan negara. Justeru kepada seleuruh warga SMK Tinggi Kajang, teruskanlah tradisi kecemerlangan ini sebagai pewaris generasi terbilang.


~CNM, 2/4/2011~

Permohonanan Pemangkuan Guru Cemerlang Tahun 2011

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.
Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:
  • Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
  • Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah Bahagian masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
  • Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya pada Khamis, 26 Mei 2011.

Maklumat lanjut berhubung siaran, syarat-syarat dan borang permohonan, sila klik di sini.

Guru-guru yang layak dan berminat untuk kenaikan pangakt secara fast trek ini, sila mengambil tindakan segera. Tarikh tutup borang sampai ke JKNK ialah pada 19 Mei 2011. Oleh itu borang permohonan dikemukakan kepada Pengetua adalah lebih awal dari tarikh tersebut.

Thursday, April 7, 2011

Pertandingan Kawad Kaki Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat - SMK Tinggi Kajang Sebagai Pengelola


Pada 2 April 2011 (Sabtu)
Dataran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat

Ucapan Pengetua SMK Tinggi Kajang, En. Nik Mat bin Nik Man 
Selaku Pengelola Pertandingan

Tuan PPDHL, Tuan Haji Ismail bin Musa, merasmikan penutupan majlis

Sebahagian peserta yang telah mengambil bahagian

Tuan PPD menyampaikan sijil kepada pemenang

Cenderamata daripada Pengelola Pertandingan, En. Nik Mat Nik Man 
kepada Tuan PPDHL, Tuan Haji Ismail Musa sebagai tanda ribuan terima kasih