Friday, November 8, 2013
Thursday, November 7, 2013
Monday, November 4, 2013
Salam Maal Hijrah 1435
1 Muharram 1435 / 05 November 2013
Dengan Salam Tulus Ikhlas
daripada
Pengetua
dan
Seluruh Warga SMK Tinggi Kajang
Labels:
Ucapan Tahniah
Saturday, November 2, 2013
Thursday, October 31, 2013
Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Tinggi Kajang 2013
Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Tinggi
Kajang 2013 telah diadakan pada 30 Oktober 2013 bertempat di Dewan Tan Sri
Kadir Shamsuddin SMK Tinggi Kajang. Majlis ini dirasmikan oleh Prof Madya Dr.
Ibrahim b. Abu Bakar iaitu YDP PIBG SMK Tinngi Kajang. Tujuan Majlis ini
diadakan adalah untuk membakar semangat kepada para pelajar menghadapi
peperiksaan SPM. Majlis ini juga memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar
yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM. Pelajar cemerlang disandang
oleh Ruebeneshkaran Kirubakaran (5H) yang juga menyandang anugerah terbaik bagi
mata pelajaran Sejarah, Fizik, Kimia dan Biologi. Ng Wei Cherng (5F) turut
menerima anugerah pelajar terbaik dan mata pelajaran terbaik bagi Prinsip
Perakaunan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini.
Shaqil
(5H) & Amirul (5G)
Labels:
Buletin
Pertandingan Boling Sekolah-sekolah Tingkatan 6 Daerah Hulu Langat
Pada 25 Oktober yang lalu telah
berlangsung pertandingan boling antara guru-guru sekolah tingkatan 6 peringkat daerah
Hulu Langat di Ampang Superbowl Metropoint,Kajang. SMK Tinggi Kajang telah
diwakili oleh En. Rizal, En. Nik Suhaimi, En. Zamri dan En. Mansor bagi
kategori lelaki manakala Pn. Kang Foong Yean, Pn. Noor Aini, Pn. Rohayati dan
Pn. Wan Aminizan telah mewakili kategori perempuan. SMK Tinggi Kajang telah
berjaya dinobatkan sebagai johan bagi kategori lelaki dan perempuan. En. Nik
Suhaimi terpilih sebagai pemain yang membuat jatuhan pin terbanyak bagi
kategori lelaki manakala Pn. Kang Foong Yean bagi kategori perempuan. Syabas
buat pasukan boling guru tingkatan 6 SMK Tinggi Kajang.
Shaqil
(5H)
Labels:
Buletin
Majlis Graduasi Tingkatan Enam Atas 2013
Bertempat di Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya
telah berlangsung Majlis Graduasi Tingkatan Enam Atas 2013 pada 19 Oktober lalu.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat pelajar agar
berusaha dengan lebih gigih di samping memupuk semangat kerjasama dan
setiakawan dalam kalangan pelajar. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg
Tuan Muhammad Radzi bin Abdullah, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat. Majlis
turut dihadiri oleh YDP PIBG iaitu Prof. Madya Dr. Ibrahim bin Abu Bakar.
Majlis diserikan dengan persembahan koir, multimedia dan nyanyian solo. Seramai
60 orang pelajar telah menerima sijil Anugerah Pelajar Impian Hati (APIH) . Dua
orang pelajar dari aliran kemanusiaan iaitu Kamarul Ariffin bin Abdul Rahman (6AB)
dan Lee Chun Ming (6AC) serta seorang
pelajar aliran sains iaitu Char Kar Yee (6AH) telah menerima Anugerah Pelajar
Harapan. Kamarul Ariffin bin Abdul Rahman turut dinobatkan sebagai Tokoh
Pemimpin Muda.
Kamarul
Ariffin (6AB)
Labels:
Buletin
Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Premier Peringkat Kebangsaan 2013
Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Premier Peringkat Kebangsaan 2013 telah berlangsung pada 21-24 Oktober yang lalu. SMK Tinggi Kajang telah menghantar pasukan bola sepak di bawah bimbingan En. Sa’ari bin Abd Hamid dan En. Hasnol bin Hashim pada kejohanan tersebut yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Institution. SMK Tinggi Kajang telah melakar kejayaan apabila berjaya memperoleh tempat ketiga dalam kejohanan setelah berjaya mengalahkan Penang Free School pada penentuan tempat ketiga dan keempat. Tahniah dan syabas diucapkan.
Ahmad Amirul (5G)
Arif Yaakob (6AA)
Labels:
Buletin
Tuesday, October 22, 2013
Sunday, October 13, 2013
Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H / 2013M
10 Zulhijjah 1434H / 15 Oktober 2013
Salam Tulus Ikhlas
daripada;
Pengetua,
Guru-Guru, Murid-Murid
dan Seluruh Warga
SMK Tinggi Kajang
Labels:
Ucapan Tahniah
Tuesday, October 8, 2013
Bengkel Asas Penulisan Sajak
Satu program ‘Bengkel Asas Penulisan Sajak’ telah diadakan pada 5
Oktober 2013 yang lalu. Bengkel yang diadakan di Dewan Tan Sri Kadir Shamsudin
ini adalah anjuran bersama pihak sekolah dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bengkel ini telah disertai pelajar-pelajar Tingkatan 6 AB dan 6 BB yang
mengambil elektif Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Objektif bengkel ini
diadakan adalah untuk memberi panduan kepada para pelajar bagi menghasilkan
puisi atau sajak secara berpandukan kreativiti mereka sendiri. Selain itu,
bengkel ini juga memberikan pendedahan tentang pengurusan aktiviti sastera
kepada para pelajar. Fasilitator ialah Encik Amiruddin bin Md. Ali Hanafiah
dari SMK Maxwell merangkap Munsyi Dewan yang telah berjaya mengendalikan
bengkel dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Terima kasih kepada AJK
Pelaksana dan Puan Shamsinah binti Ibrahim sebagai guru penyelaras program ini.
Siti Nurdiana, Nurhanani dan Effa Fazira (6AB)
Siti Nurdiana, Nurhanani dan Effa Fazira (6AB)
Sunday, October 6, 2013
MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM DAN ANUGERAH PELAJAR IMPIAN HATI (APIH) 2013
Majlis penyampaian Anugerah Kokurikulum
2013 SMK Tinggi Kajang telah diadakan pada 28 September. Majlis tersebut telah
dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Ibrahim selaku YDP PIBG. Majlis dimulakan
dengan tabik hormat daripada Kadet Sarjan Muhammad Zulfirdaus b. Ramdan dari
unit PKBM. Prof. Madya Dr. Ibrahim telah memeriksa perbarisan yang terdiri daripada
24 anggota PKBM, Kadet Polis, KRS, PBSMM, St. John, dan Pengakap dengan diiringi
oleh Tuan Pengetua, En. Nik Mat Bin Nik
Man.
Penyampaian hadiah telah dimulakan dengan
anugerah APIH yang disampaikan oleh En. Mohamad Wira bin Ibrahim selaku PK HEM.Dalam
majlis tersebut juga hadirin telah disajikan dengan persembahan nyanyian dan tarian
kebudayaan oleh pelajar – pelajar tingkatan enam.
Anugerah Kokurikulum bagi ‘Half Colour’ dan ‘Full Colour’ telah disampaikan oleh Tuan Pengetua,
manakala kategori Khas telah disampaikan oleh YDP PIBG. Tokoh Kokurikulum tahun
2013 telah disandang oleh Muhammad Irfan Bin Ruzdi (5G) yang mewakili kriket manakala
Tokoh Harapan pula disandang oleh Aiman Ariff bin Suffian (2C) yang terlibat
secara aktif dalam pasukan bola sepak sekolah. Tahniah dan syabas kepada semua
penerima anugerah.
Muhammad Zulfirdaus Bin Ramdan (4G)
Labels:
Buletin
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) BIL.7/2013
LADAP Bil.7/2013 memperkenalkan Chromebook kepada
guru-guru dan telah diadakan pada 26 September,
manakala Bengkel Chromebook pula telah diadakan pada 30 September bagi
guru – guru sesi pagi dan pada 3 Oktober bagi guru – guru sesi petang. Objektif
utama kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada guru – guru
mengenai penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Diharapkan selepas ini para guru akan menggunakan “chromebook” di dalam pdp
masing – masing bagi meningkatkan profesionalisme dalam bidang pendidikan.
Muhammad Zulfirdaus Bin Ramdan (4G)
Labels:
Buletin
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) Bil.6 2013
Latihan dalam perkhidmatan berasaskan
sekolah telah diadakan pada 21 September di Pusat Sumber SMK Tinggi Kajang.
Tajuk - tajuk ceramah yang disampaikan ialah Pengenalan Amalan Guru Penyayang
Fasa II oleh En. Zulkifle Bin
Malek, Pengurusan Stres oleh Pn. Ho Kong Yi, dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(HOTs) oleh Pn. Khadijah Omar. Ceramah ini berlangsung dari jam 8.00 pagi
sehingga jam 12.30 tengah hari. Objektif latihan ini diadakan agar guru-guru
dapat;
·
Memahami bahawa murid merupakan aset penting
kepada sekolah.
·
Mengamalkan kemahiran-kemahiaran menangani stres.
·
Mengenal pasti peta pemikiran yang dapat disesuaikan
dan diaplikasikan dalam PdP
Muhammad Zulfirdaus Bin Ramdan (4G)
Muhammad Zulfirdaus Bin Ramdan (4G)
Labels:
Buletin
Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia Untuk Pelajar Tingkatan 6 Bawah
Majlis
Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia untuk semua pelajar Tingkatan 6 bawah telah
diadakan pada 19 September 2013 di SMK Tinggi Kajang oleh Tuan Pengetua, En.
Nik Mat bin Nik Man. Pemberian baucar ini adalah satu insentif kepada
pelajar-pelajar untuk membeli buku dan peralatan pembelajaran di samping
meringankan beban ibu bapa. Baucar buku bernilai RM 250 perlu digunakan sebelum
atau pada 30 Oktober 2013.
Leslie
Gan (6AC)
Labels:
Buletin
Friday, October 4, 2013
Program BEAMS - Basics Essential Additional Mathematics Skill Untuk Murid-Murid Tingkatan 3
Kepada Semua Ibu Bapa / Penjaga dan Murid-Murid Tingkatan 3 SMK Tinggi Kajang Sesi 2013
Kelemahan Murid-Murid Dalam Mata Pelajaran Matematik Tambahan
Pada umumnya, mata pelajaran Matematik Tambahan atau Additional Mathematics merupakan salah satu mata pelajaran yang amat digeruni oleh murid-murid apabila mereka melangkah masuk ke Tingkatan 4 selepas berjaya dalam PMR. Lanjutan daripada itu, pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dalam peperiksaan sama ada pada peringkat sekolah atau SPM adalah kurang memuaskan.
Kelemahan Murid-Murid Dalam Mata Pelajaran Matematik Tambahan
Pada umumnya, mata pelajaran Matematik Tambahan atau Additional Mathematics merupakan salah satu mata pelajaran yang amat digeruni oleh murid-murid apabila mereka melangkah masuk ke Tingkatan 4 selepas berjaya dalam PMR. Lanjutan daripada itu, pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dalam peperiksaan sama ada pada peringkat sekolah atau SPM adalah kurang memuaskan.
Salah satu punca yang telah dikenal pasti adalah kelemahan murid-murid dalam menguasai konsep-konsep asas matematik. Kelemahan ini telah menghambat kemahiran dan keyakinan murid-murid berkenaan dalam memanipulasi dan menyelesaikan masalah-masalah matematik seterusnya menurunkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran matematik, apa lagi matematik tambahan.
Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM sedia maklum dan telah mengambil tindakan untuk menangani masalah ini. Lanjutan daripada itu, Program BEAMS telah digubal dan dipanjangkan kepada semua sekolah menengah untuk dilaksanakan.
SMK Tinggi Kajang tidak terkecuali dari masalah yang disebutkan di atas dan telah telah merancang melaksanakan Program ini bagi menangani masalah yang disebutkan itu dan sebagai salah satu aktiviti untuk murid-murid Tingkatan 3 selepas menduduki PMR.
Semua murid-murid Tingkatan 3 adalah diwajibkan mengikuti program ini.
Matlamat Program
Meningkatkan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Matematik Tambahan khasnya dan Matematik amnya pada peringkat SPM.
Objektif Program
Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam memanipulasi asas matematik.
Meningkatkan keyakinan murid-murid dalam mengikuti dan menyelesaikan masalah-masalah mata pelajaran Matematik Tambahan.
Meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan.
Sebagai satu daripada kriteria bagi menentukan murid-murid yang layak mengambil pakej mata pelajaran yang mengandungi mata pelajaran Matematik Tambahan.
Kumpulan Sasaran
Semua murid Tingkatan 3 SMK Tinggi Kajang yang telah menduduki PMR 2013.
Tarikh Pelaksanaan
16 Oktober - 28 Oktober 2013.
Jadual Waktu Program
Murid-murid dibahagikan mengikut kelas masing-masing kecuali kelas 3F dan 3G yang akan digabungkan dan dikendalikan oleh seorang guru.
Waktu PdP: 7.45 pagi - 9.15 pagi.
Pembahagian Kelas dan Guru Yang Mengajar
Kelas
|
Guru
|
Kelas
|
Guru
|
3KAA
|
Pn. Mazila Muda
|
3D
|
Pn. Nor Azmah Ahmad
|
3A
|
Pn. Chia Lee Fong
|
3E
|
Pn. Munira Anas
|
3B
|
Pn. Merah Hassan
|
3F & 3G
|
En. Lee Ah Heng
|
3C
|
Pn. Norasmah Ahmad
|
-
|
-
|
Prosidur Program
Kehadiran murid-murid setiap sesi dicatat.
Guru mengajar konsep-konsep asas matematik seperti cadangan dalam modul.
Murid-murid membuat latihan seperti dalam helaian latihan.
Guru membuat penilaian latihan yang dilakukan oleh murid.
Satu ujian penilaian akan dijalankan di akhir program iaitu pada 28 Oktober 2013.
Pelan Penilaian
Bil.
|
Instrumen
|
Indikator
|
1.
|
Kehadiran Murid
|
Dilihat jumlah kehadiran murid setiap sesi
|
2.
|
Helaian latihan atau hasil kerja murid.
|
Kuantiti dan kualiti aktiviti latihan bertulis murid-murid berkenaan.
|
3.
|
Helaian penilaian akhir program
|
Pencapaian murid-murid dalam ujian yang dilaksanakan pada akhir program
|
4.
|
Analisis Keputusan Ujian / Peperiksaan
|
Perbandingan pencapaian murid-murid dalam ujian dan peperiksaan peringkat sekolah / SPM.
|
Sijil akan diberikan kepada murid-murid yang berjaya hadir sekurang-kurangnya 80% dalam PdP dan berjaya dalam ujian di akhir program.
Rumusan dan Pelaporan Program
Disediakan selepas analisis keputusan ujian/peperiksaan dan perbandingan pencapaian murid-murid yang mengikut program ini dengan kumpulan yang sebelumnya yang tidak didedahkan dengan program BEAMS.
Modul BEAMS dan Helaian Latihan Murid
Labels:
Kurikulum
.jpg)









































