Tuesday, March 11, 2014

Majlis Pelantikan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya


SMK  Tinggi Kajang telah mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pengawas sekolah dan pembimbing rakan sebaya . Majlis ini telah diasmikan oleh ASP Chay Hu Yuen iaitu pegawai perhubungan sekolah dari IPD Kajang. Majlis ini turut dihadiri oleh YDP PIBG iaitu Dr. Ibrahim bin Abu Bakar. Majlis ini diakhiri dengan lafaz ikrar oleh pengawas dan pembimbing rakan sebaya sebagai tanda aku janji menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Badrul Amin Dan Shahrul Naim (4H)

Majlis Persaraan Puan Rohani Binti Judin


 
Pada 7 Febuari 2014, JK Asrama SMK Tinggi Kajang telah mengadakan satu Majlis Persaraan bagi penyelia asrama iaitu Pn Rohani binti Judin. Pn. Rohani telah berkhidmat di SMK Tinggi Kajang selama hampir 25 tahun.Majlis ini telah dihadiri  En. Nik Mat Bin Nik Man , pengetua SMK Tinggi Kajang dan barisan pentadbir sekolah. Majlis ini juga disertai oleh bekas-bekas pelajar SMK Tinggi Kajang  yang telah menginap di asrama semasa di bawah penyeliaan Pn. Rohani. Akhir kata selamat bersara diucapkan kepada Pn. Rohani  yang telah banyak berjasa kepada Asrama SMK Tinggi Kajang. We Love You Umi!!!

Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas Tahun 2014



Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tinggi Kajang telah mengadakan satu Kursus Kepimpinan kepada semua ketua dan penolong ketua kelas untuk tahun 2014. Kursus ini telah dijalankan pada 14 Febuari yang lepas dan diadakan di INTI University College, Nilai Negeri Sembilan. Objektif utama program ini adalah bagi memperkasa sikap tanggungjawab dan kepimpinan yang tinggi kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas dalam menjalankan tugas mereka. Kursus ini turut disertai Puan Noor Aini Harun, Puan Hawizah Abdan, Puan Roslini Che Min, dan Puan Rohayati Abd. Rahman.

Badrul Amin Bin Adnan (4H)

Kursus Kepimpinan Unit Kokurikulum SMK Tinggi Kajang


Unit Kokurikulum SMK Tinggi Kajang telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bagi Pengerusi, Naib Pengerusi, dan Setiausaha unit beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta rumah sukan. Kursus selama sehari ini telah berlangsung pada 12 Febuari 2014 di Nilai University.Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memupuk sikap kepemimpinan yang  tinggi dan semgat kerjasama dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Encik Zamri bin Kamdi selaku Setiausaha Unit Kokurikulum turut mengiringi para peserta kursus.
Badrul Amin (4H)