Wednesday, September 30, 2015

Solat Hajat Perdana

SMK Tinggi Kajang akan melaksanakan solat hajat perdana untuk calon PT3, SPM dan STPM 2015 pada hari Khamis 1/10/2015, mulai jam 7.00 petang di dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin. Ibu bapa/penjaga serta murid terlibat dijemput hadir.

Wednesday, September 23, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Monday, September 21, 2015

Skema Jawapan & Pemarkahan Additional Mathematics Peperiksaan Percubaan SPM 2015 - SMK Tinggi Kajang








Thursday, September 17, 2015

SELAMAT HARI MALAYSIA 2015



Dengan Ingatan Tulus Ikhlas dan Tahniah
daripada

Pengetua
dan
Semua Warga SMK Tinggi Kajang

Monday, September 14, 2015

Pasukan Kriket KHS


Pasukan kriket KHS muncul juara buat kali ke-4 berturut-turut Kejohanan Kriket Piala KPPM 2015

Muhammad Amdam Wiliyoh Pemain terbaik kejohanan dan pemain terbaik perlawanan akhir,

Wednesday, September 2, 2015

KARNIVAL SUKAN SMK TINGGI KAJANG


            SMK Tinggi Kajang telah mengadakan Karnival Sukan bagi tahun 2015 untuk menggantikan acara tahunan sekolah iaitu Acara Padang Dan Balapan. Karnival ini telah diadakan kerana padang sekolah sedang dinaiktaraf. Karnival ini mempertandingkan acara-acara seperti futsal, bola tampar, bola jaring, badminton, ping pong, takraw, tarik  tali dan boling. Setiap rumah sukan perlu menghantar wakil untuk setiap pertandingan tersebut. Karnival yang  berlangsung selama 4 hari berturut-turut ini telah dimulakan dengan acara perasmian oleh Tuan Pengetua pada 3 Ogos dan berakhir dengan acara penyampaian hadiah pada 10 Ogos kepada semua pemenang. Rumah Sukan Buck telah menjuarai karnival sukan bagi tahun 2015 dan Rumah Sukan Haji Jalil di tempat kedua.


Badrul Amin Bin Adnan (5G) 

MAJLIS IFTAR JAMAIE SMK TINGGI KAJANG



            Panitia Pendidikan Islam SMK Tinggi Kajang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa peringkat sekolah pada 9 Julai bertempat di Dewan Tan Sri Kadir Shamsudin. Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa pegawai dari Jabatan Pendidikan Selangor disamping warga SMK Tinggi Kajang. Majlis ini telah dimulakan dengan majlis khatam Al Quran diikuti dengan acara berbuka puasa bersama-sama pelajar asrama dan solat terawih.


Azib Safuan Bin Sulaiman (5G) 

SAMBUTAN HARI GURU SMK TINGGI KAJANG

Pada 29 Mei yang lepas, satu Majlis Sambutan Hari Guru peringkat SMK Tinggi Kajang telah diadakan dan telah berlangsung di Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin dan bermula sekitar jam 7.45 pagi. Majlis ini dimulai dengan perarakan masuk para guru ke dalam dewan yang diketuai oleh barisan pentadbir sekolah dengan diringi paluan kompang oleh pasukan kompang SMK Tinggi Kajang. Majlis ini juga turut diwarnai dengan pelbagai persembahan daripada para pelajar. Majlis persaraan En. Lee Ah Heng yang telah berkhidmat di SMK Tinggi Kajang selama lebih 20 tahun juga telah  disambut pada hari yang sama.


Badrul Amin Bin Adnan (5G)

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN ENAM BAWAH BAGI SESI 2015-2016

Pada 18 Mei yang lalu, sesi pendaftaran bagi pelajar tingkatan 6 bawah sesi 2015 hingga 2016 yang telah diadakan di Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin. Selepas mendaftar pelajar-pelajar diwajibkan menyertai orentasi selama dua minggu .Tahun ini juga merekodkan pendaftaran masuk pelajar baharu tingkatan 6 yang paling ramai berbanding tahun-tahun berikutnya. Selamat datang dan selamat belajar diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 6 bawah.


Badrul Amin Bin Adnan (5G)

PERLAWANAN PERSAHABATAN BERSAMA BEKAS PELAJAR KAJANG HIGH SCHOOL


Pada 22 Mei yang lepas, pasukan bola sepak SMK Tinggi Kajang telah menerima jemputan bagi satu perlawanan persahabatan bola sepak bersama bekas-bekas pelajar SMK Tinggi Kajang. Perlawanan ini telah diadakan adalah di padang Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Tujuan perlawanan ini diadakan ialah bagi menigkatkan prestasi pasukan bola sepak sekolah dan juga merapatkan silaturahim bersama bekas-bekas pelajar SMK Tinggi Kajang.


Muhammad Nasrullah Bin Norzaidi (5F)

PROGRAM SEMBURAN KABUS OLEH KKD HULU LANGAT


Dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat,  satu aktiviti penyemburan kabus telah diadakan di kawasan sekolah untuk memusnahkan kawasan-kawasan pembiakan nyamuk Aedes berikutan gejala demam denggi yang merebak dalam kalangan pelajar sekolah. Kini status sekolah telah kembali sebagai kawasan bebas denggi.


Badrul Amin Bin Adnan (5G)

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA INGGERIS


Pada 15 Mac yang lalu satu Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Hulu Langat telah diadakan di SMK Taman Tasik Kesuma. SMK Tinggi Kajang telah menghantar satu pasukan bahas yang dipimpin oleh Pn Francisca Gotoking dan Pn Ho Mee Yung. Pasukan tersebut telah diwakili oleh Prasanth Kumar (5G), Thavakumar (5G), Adam Aiman (4H), Prathip Devan (4H) dan Borathan Rajendran (4H). Pasukan SMK Tinggi Kajang telah menewaskan pasukan SMK Pandan Jaya dalam pusingan akhir sekali gus telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Bahas Bahas Inggeris bagi tahun 2015. Adam Danial daripada SMK Tinggi Kajang telah dinobatkan sebagai pembahas terbaik. SMK Tinggi Kajang akan mewakili Hulu Langat ke peringkat Negeri Selangor di Gombak pada 21 dan 22 April 2015.


Shahrul Naim Bin Adrus (5G)

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK WIRA BIN IBRAHIM


Pada 1 April yang lepas, bersempena dengan majlis Ulang Tahun Penubuhan Sekolah, Majlis Perpisahan Encik Mohd Wira Bin Ibrahim mantan Penolong Kanan Hem Sekolah telah diadakan. Majlis ini telah dimulakan dengan pembacaan sejarah hidup Encik Mohd Wira Bin Ibrahim. Dalam majlis ini juga, seorang bekas pelajar SMK Tinggi Kajang Encik Syafiq Ridzwan turut bersama-sama memberi penghormatan kepada Encik Wira. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada warga SMK Tinggi Kajang dan majlis bergambar bersama-sama pelajar.

                                                                                                          
Badrul Amin Bin Adnan (5G)

MAJLIS ULANG TAHUN PENUBUHAN SMK TINGGI KAJANG


Pada 1 April yang lalu, genaplah 96 tahun penubuhan SMK Tinggi Kajang. Majlis ini telah dimulakan dengan perarakan masuk pentadbir sekolah ke tapak perhimpunan dengan diiringi oleh paluan kompang dari Persatuan Kompang SMK Tinggi Kajang.  Sambutan ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada guru-guru dan pelajar serta Acara memotong kek ulang tahun juga turut diadakan.

                                                                                                           
 Badrul Amin Bin Adnan (5G)

PERLAWANAN PERSAHABATAN RAGBI

Pada 6 April yang lalu, Pasukan Ragbi SMK Tinggi Kajang telah menerima jemputan bagi perlawanan persahabatan Ragbi 7 Sebelah antara SMK Tinggi Kajang menentang Kolej Vokasional Kajang. Perlawanan tersebut telah berlangsung di padang Kolej Vokasional Kajang. Dalam perlawanan tersebut, pasukan SMK Tinggi Kajang telah menumpaskan Kolej Vokasional Kajang dengan mata 20 berbalas 0. Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk menambah baik mutu permainan antara kedua-dua pasukan. Pasukan ragbi SMK Tinggi Kajang dilatih oleh En. Mansor Bin Ismail.


Qamarul Aiman Bin Zukarnain (5G)

PELANCARAN BULAN AKADEMIK


Pada 1 April 2015,SMK Tinggi Kajang telah melancarkan Program Bulan Akademik. Program ini telah dirasmikan oleh En. Nik Mat Bin Nik Man,Pengetua SMK Tinggi Kajang dan telah berlangsung di Dataran Murni. Sempena program ini , setiap panitia mata pelajaran telah mengadakan pelbagai pertandingan untuk menggalakkan pelajar-pelajar menjana idea yang kreatif dan kritis.

                                                                                                           
Nur Iman Hakimi (3RK)

PROJEK MEMPERINDAH TEMBOK BLOK MURNI


Panitia Seni Visual, Panitia Sivik dan Jawatankuasa Keceriaan Sekolah telah mengadakan satu Projek Keceriaan dengan melukis mural pada tembok di blok murni. Lukisan tersebut telah memaparkan moto sekolah yang lama iaitu Labor Omnia Vincit (italiakan) yang dilukis dengan teknik lukisan graviti 3 dimensi yang telah dihasilkan oleh Puan Rozilawati Binti Mohd Sharif. Tembok yang sudah lama terbiar itu kini telah mengindahkan pemandangan dalam kawasan sekolah.

                                                                
Muhammad Syukri Ridhwandy Bin Rahip (3RK)

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


Pada 16 dan 17 April yang lalu, Unit Bimbingan Kaunseling serta Lembaga Pengawas SMK Tinggi Kajang telah mengadakan kursus kepimpinan bagi semua pengawas dan pembimbing rakan sebaya sekolah. Kursus ini turut disertai oleh Jawantankuasa Asrama tun dr. Abdul Aziz. Kursus selama dua hari ini telah diadakan di Kem Baheera Hulu Langat. Tujuan kem ini diadakan adalah untuk menyemai sikap kepimpinan dan disiplin dalam diri setiap peserta. Kursus ini telah disertai oleh 80 orang pelajar serta diiringi oleh 5 orang guru pengiring.

                                                                                                   Badrul Amin Bin Adnan (5G)

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD HULU LANGAT


Pada 6-8 April yang lalu, SMK  Tinggi Kajang  telah menghantar  pasukan untuk menyertai  Kejohanan Bola Sepak MSSD Hulu Langat yang berlangsung di Institiusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) ,Dusun Tua.Kejohanan ini telah dibahagi kepada dua kategori iaitu bawah 15 dan bawah 18 tahun. Dengan displin dan semangat yang tinggi, pasukan bola sepak SMK Tinggi Kajang telah berjaya menjadi johan bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan. Beberapa orang pemain dari SMK Tinggi Kajang telah dipilih bagi mewakili Hulu Langat ke peringkat Negeri Selangor.

                                                                                                
 Azib Safuan Bin Sulaiman (5G)