Thursday, April 23, 2015

Kejohanan Road Run SMK Tinggi Kajang 2015


Pada 26 Februari yang lalu, Kejohanan Road Run SMK Tinggi Kajang telah diadakan di SMK Tinggi Kajang. Aktiviti tahunan sekolah ini biasanya dimulakan di padang sekolah telah diubah kerana kerja-kerja naik taraf padang sekolah yang sedang giat dijalankan. Kerana itu kejohanan tersebut telah diadakan di Dataran Murni SMK Tinggi Kajang.  Tuan Pengetua, Encik Nik Mat bin Nik Mat telah melepaskan larian semua kategori pertandingan. Kejohanan telah berlangsung dengan meriah dan jayanya. 

Rumah sukan Raja Muhammad telah muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Road Run tahun ini dengan menyapu bersih johan bagi setiap kategori. Tahniah diucapkan kepada pelari- pelari dari rumah Raja Muhammad.
                                                                                                      Badrul Amin (5 Gigih)

0 comments:

Post a Comment