Wednesday, November 12, 2014

PERTANDINGAN PIDATO PIALA PENGARAH IPG KPI




 
           Pada 8 Oktober 2014, saudari Azzarina binti Mohammad Shukor dan saudara Faris Azizi bin Ismail telah mewakili  Sekolah  Menengah   Kebangsaan Tinggi Kajang  dalam Pertandingan Pidato Piala Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam. Saudari Azzarina dari PU15B telah berjaya dinobatkan  sebagai naib  juara dalam pertandingan tersebut dan berjaya membawa pulang trofi, sijil pencapaian dan wang tunai. Tahniah juga diucapkan kepada Puan Hasrani bt Razali  sebagai guru pembimbing  dan  guru pengiring.

Azzarina bt Mohammad Shukor PU15B

PROJEK PEMBINAAN BUMBUNG DATARAN MURNI


 

        Peruntukan berjumlah RM560,000.00  telah diterima oleh Pengetua, En. Nik Mat bin Nik Man untuk membina bumbung di tapak perhimpunan. Kejayaan ini adalah susulan usaha pihak sekolah menyerahkan kertas kerja kepada Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah sempena lawatan beliau ke sekolah pada Mac lalu. Projek ini dijangka akan memakan masa 6 bulan dan pembinaannya akan mampu memberi keselesaan serta kemudahan kepada semua warga sekolah.
Azzarina bt Mohammad Shuko PU15B

 

Monday, November 10, 2014

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN V 2014



SKEMA JAWAPAN GERAK GEMPUR & PROGRAM 20 MATEMATIK TAMBAHAN KERTAS 2

SKEMA JWPN P2 PROGRAM GEMPUR 20.docx

Monday, November 3, 2014

PERTANDINGAN KRIKET PIALA KETUA PENGARAH




 

Pasukan Kriket SMK Tinggi Kajang telah menyertai Pertandingan Kriket Piala Ketua Pengarah 2014 pada 6-7 September lalu di Bayumas Oval, Klang dan telah mara ke perlawanan akhir untuk menentang pasukan dari Penang Free School. Pasukan SMK Tinggi Kajang telah berjaya dinobatkan sebagai johan setelah menumpaskan pasukan dari Penang Free School. Pemain dari SMK Tinggi Kajang Muhammad Amdam Bin Williyoh telah terpilih sebagai Pemain Terbaik. Dengan kemenangan ini, pasukan kriket SMK Tinggi Kajang telah berjaya mengekalkan kejuaraan kali  ke-3 berturut-turut sejak tahun 2012.

Badrul Amin Bin Adnan (4H)

PROGRAM “INTERNATIONAL YOUTH EXCHANGE STUDENT”




 
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) SMK Tinggi Kajang telah menerima kunjungan dua orang pelajar dari Korea sempena program “International Youth Exchange Student” dengan kerjasama Palang Merah Korea. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dari negara tersebut tentang sistem pendidikan,budaya dan kehidupan pelajar Malaysia .Mereka ditempatkan di Pra-U15  terpilih dan berada di SMK Tinggi Kajang selama satu minggu. 

Shahrul Naim Bin Adrus (4H)

KEMPEN DERMA DARAH SMK TINGGI KAJANG




 

Persatuan Bulan Sabit Malaysia (BSMM) SMK Tinggi Kajang dengan kerjasama Tabung Darah Negara telah menganjurkan kempen derma darah pada 14 Ogos 2014. Kempen ini diadakan di Dewan Tan Sri Kadir Shamsudin yang bertujuan untuk memberi peluang kepada warga SMK Tinggi Kajang dan masyarakat setempat untuk bersama-sama membantu mangsa yang memerlukan. Seramai 171 orang telah mengambil bahagian dalam kempen kali ini, ianya dan merupakan jumlah penderma tertinggi berbanding dengan kempen-kempen pada tahun sebelumnya.

       

  Badrul Amin Bin Adnan (4H)

SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH (SPTS)



 

Satu pertandingan bola sepak yang turut dikenali sebagai Pertandingan Bola Sepak Sukan Prestasi Tinggi Sekolah telah diadakan pada 13 Ogos yang lepas di padang USJ 23, Shah Alam. Pertandingan itu telah dibahagikan kepada divisyen 1 dan divisyen 2. SMK Tinggi Kajang telah menghantar wakil bagi setiap divisyen.  Pasukan SMK Tinggi Kajang yang bermain bagi divisyen 1 telah berjaya meraih johan dan naib johan bagi pasukan SMK Tinggi Kajang yang bermain untuk divisyen 2. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada jurulatih bola sepak SMK Tinggi Kajang, En. Saari Abdul Hamid dan pada pemain bola sepak SMK Tinggi Kajang.

Nasrullah Bin Norzaidi (4F)

PELANCARAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025




 

Pada 4 Ogos yang lalu, satu tranformasi  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang.Majlis pelancaran ini diadakan di Dataran Murni telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua En. Nik Mat Bin Nik Man. Pelan ini bertujuan melahirkan modal insan yang berdisiplin dan mampu bersaing di peringkat global. Pelan ini mempunyai 3 gelombang menjelang tahun 2025. Penerangan lebih lanjut akan diberikan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dalam “program Info 5 minit” di tapak perhimpunan.

Azib Safuan Bin Sulaiman (4G)