Wednesday, April 23, 2014

KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN ONLINE 2014


Bulan Akademik 2014
Bidang Sains dan Matematik

Unit : Matematik Tambahan

Semua murid SMK Tinggi Kajang adalah dipelawa untuk menyertai dua program Matematik Tambahan sempena Bulan Akademik 2014 seperti berikut.

1. KUIZ ONLINE

Sila layar blog sekolah, mykajanghighschool.blogspot.com atau layar blog peribadi Ketua Panitia Matematik Tambahan SMK Tinggi Kajang, edmet-nklpunya.blogspot.com untuk mengaksess soalan-soalan kuiz matematik tambahan mulai sekarang.

Jawab semua soalan dengan tertib dan kemas soalan-soalan kuiz di atas sehelai kertas A4.

Serahkan kertas jawapan anda kepada Ketua Panitia Matematik Tambahan untuk dinilai.

Hadiah-hadiah akan diberikan kepada lima orang peserta yang mendapat markah tertinggi dan menghantar kertas jawapan paling cepat kepada Ketua Panitia Matematik Tambahan dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarikh akhir penghantaran jawapan ialah pada pukul 1.30 tenghari 28 April 2014 (Isnin)


2. MEMBINA PETA MINDA i-THINK MATEMATIK TAMBAHAN

Semua murid SMK Tinggi Kajang adalah dipelawa menyertai Program Membina Peta Minda i-THINK Matematik Tambahan.

Setiap peserta dikehendaki menghantar EMPAT peta minda i-Think yang berbeza bagi sebarang tajuk dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan 4 atau 5.

Empat peta minda i-Think itu boleh bagi satu tajuk yang sama atau tajuk-tajuk yang berbeza mata pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan 4 atau 5.

Setiap satu peta minda i-Think perlu dibina di atas sehelai kertas putih A4. Kreativiti peserta membina peta-peta minda itu akan diambil kira dalam penilaian pemenang peserta.

Lima hadiah akan disediakan untuk lima penyertaan yang paling kreatif.

Sila hantar peta-peta minda i-Think yang telah disiapkan kepada Ketua Panitia Matematik Tambahan SMK Tinggi Kajang

Tarikh tutup penyertaan ialah pada pukul 12.30 tenghari 25 April 2014 (Jumaat).

Sekain, terima kasih.

Ketua Panitia
Matematik Tambahan 2014
SMK Tinggi Kajang

Kuiz Add Maths 2014.docx

0 comments:

Post a Comment