Thursday, October 31, 2013

Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Tinggi Kajang 2013



        Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Tinggi Kajang 2013 telah diadakan pada 30 Oktober 2013 bertempat di Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin SMK Tinggi Kajang. Majlis ini dirasmikan oleh Prof Madya Dr. Ibrahim b. Abu Bakar iaitu YDP PIBG SMK Tinngi Kajang. Tujuan Majlis ini diadakan adalah untuk membakar semangat kepada para pelajar menghadapi peperiksaan SPM. Majlis ini juga memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM. Pelajar cemerlang disandang oleh Ruebeneshkaran Kirubakaran (5H) yang juga menyandang anugerah terbaik bagi mata pelajaran Sejarah, Fizik, Kimia dan Biologi. Ng Wei Cherng (5F) turut menerima anugerah pelajar terbaik dan mata pelajaran terbaik bagi Prinsip Perakaunan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Shaqil (5H) & Amirul (5G)

Pertandingan Boling Sekolah-sekolah Tingkatan 6 Daerah Hulu Langat



         Pada 25 Oktober yang lalu telah berlangsung pertandingan boling antara guru-guru sekolah tingkatan 6 peringkat daerah Hulu Langat di Ampang Superbowl Metropoint,Kajang. SMK Tinggi Kajang telah diwakili oleh En. Rizal, En. Nik Suhaimi, En. Zamri dan En. Mansor bagi kategori lelaki manakala Pn. Kang Foong Yean, Pn. Noor Aini, Pn. Rohayati dan Pn. Wan Aminizan telah mewakili kategori perempuan. SMK Tinggi Kajang telah berjaya dinobatkan sebagai johan bagi kategori lelaki dan perempuan. En. Nik Suhaimi terpilih sebagai pemain yang membuat jatuhan pin terbanyak bagi kategori lelaki manakala Pn. Kang Foong Yean bagi kategori perempuan. Syabas buat pasukan boling guru tingkatan 6 SMK Tinggi Kajang.

Shaqil (5H)

Majlis Graduasi Tingkatan Enam Atas 2013


 



         Bertempat di Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya telah berlangsung Majlis Graduasi Tingkatan Enam Atas 2013 pada 19 Oktober lalu. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat pelajar agar berusaha dengan lebih gigih di samping memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam kalangan pelajar. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg Tuan Muhammad Radzi bin Abdullah, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG iaitu Prof. Madya Dr. Ibrahim bin Abu Bakar. Majlis diserikan dengan persembahan koir, multimedia dan nyanyian solo. Seramai 60 orang pelajar telah menerima sijil Anugerah Pelajar Impian Hati (APIH) . Dua orang pelajar dari aliran kemanusiaan iaitu Kamarul Ariffin bin Abdul Rahman (6AB) dan Lee Chun Ming (6AC)  serta seorang pelajar aliran sains iaitu Char Kar Yee (6AH) telah menerima Anugerah Pelajar Harapan. Kamarul Ariffin bin Abdul Rahman turut dinobatkan sebagai Tokoh Pemimpin Muda.
 Kamarul Ariffin (6AB)

Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Premier Peringkat Kebangsaan 2013

 
 
Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Premier Peringkat Kebangsaan 2013 telah berlangsung pada 21-24 Oktober yang lalu. SMK Tinggi Kajang telah menghantar pasukan bola sepak di bawah bimbingan En. Sa’ari bin Abd Hamid dan En. Hasnol bin Hashim pada kejohanan tersebut yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Institution. SMK Tinggi Kajang telah melakar kejayaan apabila berjaya memperoleh tempat ketiga dalam kejohanan setelah berjaya mengalahkan Penang Free School pada penentuan tempat ketiga dan keempat. Tahniah dan syabas diucapkan.
Ahmad Amirul (5G)
Arif Yaakob (6AA)

Tuesday, October 22, 2013

The Last Revision - SPM 2013 - Additional Mathematics 1


The Last Revision -

Sunday, October 13, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H / 2013M



10 Zulhijjah 1434H / 15 Oktober 2013

Salam Tulus Ikhlas 
daripada;

Pengetua, 
Guru-Guru, Murid-Murid 
dan Seluruh Warga 
SMK Tinggi Kajang

Tuesday, October 8, 2013

Bengkel Asas Penulisan Sajak



 
 
 
 
 

       Satu program ‘Bengkel Asas Penulisan Sajak’ telah diadakan pada 5 Oktober 2013 yang lalu. Bengkel yang diadakan di Dewan Tan Sri Kadir Shamsudin ini adalah anjuran bersama pihak sekolah dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bengkel ini telah disertai pelajar-pelajar Tingkatan 6 AB dan 6 BB yang mengambil elektif Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi panduan kepada para pelajar bagi menghasilkan puisi atau sajak secara berpandukan kreativiti mereka sendiri. Selain itu, bengkel ini juga memberikan pendedahan tentang pengurusan aktiviti sastera kepada para pelajar. Fasilitator ialah Encik Amiruddin bin Md. Ali Hanafiah dari SMK Maxwell merangkap Munsyi Dewan yang telah berjaya mengendalikan bengkel dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Terima kasih kepada AJK Pelaksana dan Puan Shamsinah binti Ibrahim sebagai guru penyelaras program ini.
Siti Nurdiana, Nurhanani dan Effa Fazira (6AB)

Sunday, October 6, 2013

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM DAN ANUGERAH PELAJAR IMPIAN HATI (APIH) 2013


 
     Majlis penyampaian Anugerah Kokurikulum 2013 SMK Tinggi Kajang telah diadakan pada 28 September. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Ibrahim selaku YDP PIBG. Majlis dimulakan dengan tabik hormat daripada Kadet Sarjan Muhammad Zulfirdaus b. Ramdan dari unit PKBM. Prof. Madya Dr. Ibrahim telah memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 24 anggota PKBM, Kadet Polis, KRS, PBSMM, St. John, dan Pengakap dengan diiringi oleh Tuan Pengetua, En. Nik Mat Bin  Nik Man.

     Penyampaian hadiah telah dimulakan dengan anugerah APIH yang disampaikan oleh En. Mohamad Wira bin Ibrahim selaku PK HEM.Dalam majlis tersebut juga hadirin telah disajikan dengan persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan oleh pelajar – pelajar tingkatan enam.

     Anugerah Kokurikulum bagi  ‘Half Colour’ dan ‘Full Colour’ telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, manakala kategori Khas telah disampaikan oleh YDP PIBG. Tokoh Kokurikulum tahun 2013 telah disandang oleh Muhammad Irfan Bin Ruzdi (5G) yang mewakili kriket manakala Tokoh Harapan pula disandang oleh Aiman Ariff bin Suffian (2C) yang terlibat secara aktif dalam pasukan bola sepak sekolah. Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah.



Muhammad Zulfirdaus Bin Ramdan (4G)

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) BIL.7/2013




      LADAP  Bil.7/2013 memperkenalkan Chromebook kepada guru-guru dan telah diadakan pada 26 September,  manakala Bengkel Chromebook pula telah diadakan pada 30 September bagi guru – guru sesi pagi dan pada 3 Oktober bagi guru – guru sesi petang. Objektif utama kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada guru – guru mengenai penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Diharapkan selepas ini para guru akan menggunakan “chromebook” di dalam pdp masing – masing bagi meningkatkan profesionalisme dalam bidang pendidikan.
Muhammad Zulfirdaus Bin Ramdan (4G)

 

 

 

                                                                                                                                            

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) Bil.6 2013


 


 

      Latihan dalam perkhidmatan berasaskan sekolah telah diadakan pada 21 September di Pusat Sumber SMK Tinggi Kajang. Tajuk - tajuk ceramah yang disampaikan ialah Pengenalan Amalan Guru Penyayang Fasa II oleh En. Zulkifle Bin Malek, Pengurusan Stres oleh Pn. Ho Kong Yi, dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTs) oleh Pn. Khadijah Omar. Ceramah ini berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Objektif latihan ini diadakan agar guru-guru dapat;

·         Memahami bahawa murid merupakan aset penting kepada sekolah.

·         Mengamalkan kemahiran-kemahiaran menangani stres.

·         Mengenal pasti peta pemikiran yang dapat disesuaikan dan diaplikasikan dalam PdP                                                

Muhammad Zulfirdaus Bin Ramdan (4G)

Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia Untuk Pelajar Tingkatan 6 Bawah



        Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia untuk semua pelajar Tingkatan 6 bawah telah diadakan pada 19 September 2013 di SMK Tinggi Kajang oleh Tuan Pengetua, En. Nik Mat bin Nik Man. Pemberian baucar ini adalah satu insentif kepada pelajar-pelajar untuk membeli buku dan peralatan pembelajaran di samping meringankan beban ibu bapa. Baucar buku bernilai RM 250 perlu digunakan sebelum atau pada 30 Oktober 2013.

Leslie Gan (6AC)

Friday, October 4, 2013

Program BEAMS - Basics Essential Additional Mathematics Skill Untuk Murid-Murid Tingkatan 3

Kepada Semua Ibu Bapa / Penjaga dan Murid-Murid Tingkatan 3 SMK Tinggi Kajang Sesi 2013

Kelemahan Murid-Murid Dalam Mata Pelajaran Matematik Tambahan

Pada umumnya, mata pelajaran Matematik Tambahan atau Additional Mathematics merupakan salah satu mata pelajaran yang amat digeruni oleh murid-murid apabila mereka melangkah masuk ke Tingkatan 4 selepas berjaya dalam PMR. Lanjutan daripada itu, pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dalam peperiksaan sama ada pada peringkat sekolah atau SPM adalah kurang memuaskan. 

Salah satu punca yang telah dikenal pasti adalah kelemahan murid-murid dalam menguasai konsep-konsep asas matematik. Kelemahan ini telah menghambat kemahiran dan keyakinan murid-murid berkenaan dalam memanipulasi dan menyelesaikan masalah-masalah matematik seterusnya menurunkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran matematik, apa lagi matematik tambahan.

Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM sedia maklum dan telah mengambil tindakan untuk menangani masalah ini. Lanjutan daripada itu, Program BEAMS telah digubal dan dipanjangkan kepada semua sekolah menengah untuk dilaksanakan.

SMK Tinggi Kajang tidak terkecuali dari masalah yang disebutkan di atas dan telah telah merancang melaksanakan Program ini bagi menangani masalah yang disebutkan itu dan sebagai salah satu aktiviti untuk murid-murid Tingkatan 3 selepas menduduki PMR.

Semua murid-murid Tingkatan 3 adalah diwajibkan mengikuti program ini.

Matlamat Program

Meningkatkan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Matematik Tambahan khasnya dan Matematik amnya pada peringkat SPM.

Objektif Program

Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam memanipulasi asas matematik.

Meningkatkan keyakinan murid-murid dalam mengikuti dan menyelesaikan masalah-masalah mata pelajaran Matematik Tambahan.

Meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan.

Sebagai satu daripada kriteria bagi menentukan murid-murid yang layak mengambil pakej mata pelajaran yang mengandungi mata pelajaran Matematik Tambahan.

Kumpulan Sasaran

Semua murid Tingkatan 3 SMK Tinggi Kajang yang telah menduduki PMR 2013.

Tarikh Pelaksanaan

16 Oktober - 28 Oktober 2013.

Jadual Waktu Program

Murid-murid dibahagikan mengikut kelas masing-masing kecuali kelas 3F dan 3G yang akan digabungkan dan dikendalikan oleh seorang guru.

Waktu PdP: 7.45 pagi - 9.15 pagi.

Pembahagian Kelas dan Guru Yang Mengajar

 Kelas
Guru
Kelas
Guru
3KAA
Pn. Mazila Muda
3D
Pn. Nor Azmah Ahmad
3A
Pn. Chia Lee Fong
3E
Pn. Munira Anas
3B
Pn. Merah Hassan
3F & 3G
En. Lee Ah Heng
3C
Pn. Norasmah Ahmad
-
-

Prosidur Program

Kehadiran murid-murid setiap sesi dicatat.

Guru mengajar konsep-konsep asas matematik seperti cadangan dalam modul.

Murid-murid membuat latihan seperti dalam helaian latihan.

Guru membuat penilaian latihan yang dilakukan oleh murid.

Satu ujian penilaian akan dijalankan di akhir program iaitu pada 28 Oktober 2013.

Pelan Penilaian

         Bil.
Instrumen
Indikator
1.
Kehadiran Murid
Dilihat  jumlah kehadiran murid setiap sesi
2.
Helaian latihan atau hasil kerja murid.
Kuantiti dan kualiti aktiviti latihan bertulis murid-murid berkenaan.
3.
Helaian penilaian akhir program
Pencapaian murid-murid dalam ujian yang dilaksanakan pada akhir program
4.
Analisis Keputusan Ujian / Peperiksaan
Perbandingan pencapaian murid-murid dalam ujian dan peperiksaan peringkat sekolah / SPM.

Pensijilan

Sijil akan diberikan kepada murid-murid yang berjaya hadir sekurang-kurangnya 80% dalam PdP dan berjaya dalam ujian di akhir program.

Rumusan dan Pelaporan Program

Disediakan selepas analisis keputusan ujian/peperiksaan dan perbandingan pencapaian murid-murid yang mengikut program ini dengan kumpulan yang sebelumnya yang tidak didedahkan dengan program BEAMS.

Modul BEAMS dan Helaian Latihan Murid

     BEAMS -