Thursday, June 27, 2013

Majlis Temu Mesra, Dialog dan Penyerahan Laporan Kemajuan Akademik Pelajar 2013


LKAP 2013 -

Tuesday, June 25, 2013

Pementasan Teater Gelanggang Tuk Wali


          Seramai 30 orang pelajar bersama-sama 2 guru pengiring SMK Tinggi Kajang telah dijemput untuk menyaksikan pementasan teater KOMSAS yang berjudul ‘Gelanggang Tuk Wali‘ anjuran Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak–Kanak dan Remaja, DBP dengan kerjasama SMK Bukit Jelutong Shah Alam. Pementasan tersebut diadakan di Auditorium DBP, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013,  jam 8.30 malam. Drama tersebut dipersembahkan oleh pelajar–pelajar SMK Bukit Jelutong, Shah Alam . Melalui pementasan tersebut,  pelajar–pelajar memperoleh nilai–nilai murni di samping menghayati keindahan karya tersebut. Diharap program seumpama ini dapat dianjurkan lagi bagi menarik minat murid-murid sekolah menengah terhadap pembelajaran komponen sastera .
Arif Yaakob (6AA)
Mohd . Shafiq Farhan (4D

Pelancaran Bendera Rumah Sukan



Setelah 94 tahun SMK Tinggi Kajang ditubuhkan, sejarah telah tercipta apabila bendera dan slogan bagi setiap rumah sukan telah dilancarkan dengan rasminya.


Rumah Raja Muhammad (The Courageous) telah memilih singa sebagai logo bendera dengan slogan ‘Belive and Achive’.


Rumah Sukan Low Ti Kok (The Challenger) pula telah memilih kuda sebagai logo bendera dan slogan ‘One Team One Dream’.

 
Seterusnya, seladang telah dipilih sebagai logo bendera bagi Rumah Haji Jalil (The Fighter) dengan slogan ‘Look Up, Get Up, Never Give Up’.

 


Rumah Sukan Kindersly (The Stinger) telah memilih kala jengking sebagai logo bendera dengan slogan ‘Respect All Fear None’.



(The Brave) dengan lambang harimau menjadi logo bendera Rumah Sukan Buck dengan slogannya ‘Refuse To Surrender’.

          Syabas diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam pelancaran bendera rumah-rumah sukan ini. Diharapkan agar kejohanan olahraga pada tahun ini akan lebih meriah dan mendapat sokongan padu daripada semua murid.
Nasrullah (3B)Badrul Amin (3KAA)

Kursus Kepimpinan Unit Kokurikulum SMK Tinggi Kajang



Unit Kokurikulum SMK Tinggi Kajang telah mengadakan kursus kepimpinan untuk AJK tertinggi bagi setiap badan beruniform, kelab dan persatuan,  serta permainan. Kursus selama dua hari satu malam ini diadakan di Muzium Telekom Malaysia Kuala Lumpur turut disertai oleh pelajar- pelajar dari Sekolah Kebangsaan Merbau Pulas,  Kedah. Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk memupuk sikap kepimpinan, meningkatkan disiplin diri dan menanam sikap bertanggungjawab untuk melaksanakan jawatan yang disandang. 

Badrul Amin (3KAA)

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Hulu Langat


SMK Dusun Nanding telah menjadi tuan rumah dalam pertandingan kawad kaki badan beruniform GO,NGO dan KRS Peringkat Daerah Hulu Langat yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat pada 15 Jun 2013.  Pertandingan ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.  Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMK Tinggi Kajang telah merangkul gelaran Naib Johan dalam kategori KRS. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara para peserta dan memupuk sifat disiplin dalam kalangan peserta. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan Pn. Hanim binti Ahmad sebagai guru penasihat pasukan KRS SMK Tinggi Kajang.
Shaqil Bin Shuffi (5H)

Surat Siaran KPM BIL.14 TAHUN 2013 - BERKAITAN KAWASAN BERJEREBU

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 14 TAHUN 2013 LANGKAH-LANGKAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENJAMIN KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID-MURID DI SEKOLAH-SEKOLAH YANG BERADA DALAM KAWASAN BERJEREBU YANG DIANGGAP KRITIKAL


 SILA KLIK DI SINI

Monday, June 17, 2013

Program Zero to Hero


 
        Program  “ Zero To Hero “ anjuran Unit Bimbingan  & Kaunseling serta Unit Disiplin ini telah diadakan pada 12 Jun 2013 bertujuan  untuk membina ketahanan diri yang positif dan memberi kesedaran menyeluruh kepada murid-murid tentang kesan ponteng sekolah supaya mereka tidak terjebak dalam gejala  ponteng . Program ini telah diadakan  di Kem Singgah Santai , Hulu Langat dengan penyertaan seramai 40 orang pelajar . Encik Azlan Azuhan bin Ismail dari De Soul Training & Consultansy telah mengendalikan aktiviti ini dengan jayanya .

Perkhemahan PKBM (DARAT) Peringkat Negeri Selangor 2013



Pada 26 Mei – 30 Mei 2013, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) SMK Tinggi Kajang telah mewakili daerah Hulu Langat ke Perkhemahan PKBM (Darat) Peringkat Negeri Selangor 2013 di Kem ll Briged, Sg. Buloh, Selangor. Antara pertandingan yang diadakan dalam perkhemahan tersebut ialah kawad kaki, menembak dan merentas halangan. SMK Tinggi Kajang telah berjaya meraih johan dalam acara kawad kaki dan naib johan dalam acara menembak.SMKTK juga telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara merentas halangan. Semua peserta perkhemahan ini berjaya mewakili Negeri Selangor ke Perkhemahan PKBM (Darat) Kebangsaan di Seberang Takir, Terengganu pada 21 Jun hingga 27 Jun 2013. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan PKBM yang diwakili oleh Badrul Amin (3KAA), Syafiq (3KAA), Amirul Hafiz (3A), Haikal (3C), Afiq (3E), Jasmin Addli (3E), Zulfirdaus (4G), Safwan (5D), Amirul Fikri (5G), Afnan (3E), Syed Taufiq (3KAA), dan Aizat Auzaie (2C) serta guru penasihat En. Abd. Razak B. Ramli yang telah menempa kejayaan dan mengharumkan nama sekolah

AIDI ASSYAL(6AB)

Tuesday, June 4, 2013

Daulat Tuanku


Salutations and Heartiest Congratulations 
His Majesty The Yang Di-Pertuan Agong XIV


ALMUTASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ 
ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

 On The Occasion Of His Majesty's Official Birthday
on
1 June 2013 
(22 Rejab 1434H)

With Utmost Sincerity 
from
The Principal,
All Teachers, Staffs and Students
of
SMK Tinggi Kajang
(Kajang High School)