Friday, September 6, 2013

Majlis Anugerah Cemerlang Penggal 2 STPM 2013

 

Sekolah pusat tingkatan 6, SMK Tinggi Kajang telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Penggal 2 pada 26 Ogos lalu. Enam murid telah menerima Anugerah Jejak Jaya kerana mencapai NGPK 3.50-3.65. Enam murid lagi yang mendapat NGPK 3.66-3.74 telah menerima Anugerah Cendekia. Penerima Anugerah Citra Unggul yang mendapat NGPK 3.75-4.00 pula terdiri daripada 10 orang pelajar. Lee Chun Ming (6AC) dan Yap Lee Yen (6AC) merupakan dua orang pelajar cemerlang yang mendapat NGPK 4.00. Tahniah kepada semua penerima. Semoga majlis ini menjadi penyuntik motivasi kepada pelajar- pelajar lain.

Aiza Azierra Binti Afandi (6BB)

0 comments:

Post a Comment