Friday, August 2, 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR JAMA’IE


 
Unit Penghayatan Islam SMK Tinggi Kajang telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama’ie bersama-sama warga SMK Tinggi Kajang pada 24 Julai 2013. Majlis yang diadakan di Dewan Tan Sri Kadir Shamsudin ini bermula pada pukul 5.30 petang dan berakhir pada jam 10 malam. Majlis dimulakan dengan khatam Al-Quran oleh pelajar-pelajar asrama SMK Tinggi Kajang.  Majlis diteruskan dengan iftar setelah solat Maghrib berjemaah diimami Ustaz Azhar Osman. Majlis disambung dengan solat Isyak dan Tarawih yang diimami Ustaz Yusuf Yunus. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin kerana sudi memeriahkan majlis.
Shaqil & Nazreen (5H) Ahmad (5G)

0 comments:

Post a Comment