Thursday, April 11, 2013

Surat Jemputan ke Anugerah Cemerlang 2013


Surat Jemputan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG
JALAN SEMENYIH,
43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

       TELEFON        : 03-87363044
FAKSIMILI     : 03-87341478
EMAIL : kjghigh@yahoo.com
 

 
Ruj.Kami         :  SMKTK.700-2(   )
Tarikh              :  2 April 2013
Kepada,
----------------------------------
----------------------------------
---------------------------------
Tuan/puan,

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, ingin memaklumkan bahawa Majlis Anugerah Cemerlang 2013 akan diadakan pada:
Tarikh       :      20 April 2013 (Sabtu)
Masa        :      8.00 pagi
Tempat    :       Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin , SMK Tinggi Kajang.

2.          Sehubungan dengan itu, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan anak tuan/puan yang bernama__________________________
dari tingkatan ______ kerana berjaya meraih anugerah berikut:

Pencapaian Cemerlang *PMR / SPM / STPM 2012/ Anugerah PIBG/ Hadiah Insentif

Terbaik Mata Pelajaran  *SPM/ STPM 2012    
Pelajar Terbaik Aliran *Sastera/ Sains bagi SPM/STPM 2012     

Penerima  Anugerah Pingat Khas:
(Ibu bapa penerima Pingat  Khas akan dijemput naik ke pentas bersama-sama anak mereka)

3.     Pihak sekolah turut berbesar hati menjemput tuan/puan hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Sekiranya penerima hadiah tidak dapat hadir tuan/puan diminta menghantar seorang wakil dari kalangan ahli keluarga.

4.   Semua penerima hadiah termasuk wakil mestilah mematuhi etika pakaian seperti berikut:

4.1 Berpakaian seragam sekolah masing-masing yang lengkap atau
4.2 Berkemeja lengan panjang , seluar slack, bertali leher dan berkasut atau
perempuan)  dan berkasut atau
4.3 Berbaju kurung @ blaus berlengan dengan skirt labuh ( untuk pelajar perempuan)  dan berkasut.

5.  Kerjasama dan kesudian tuan/puan hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
“ Kejujuran dan Ketekunan “
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah

NIK MAT BIN NIK MAN
Pengetua
SMK Tinggi Kajang

SURAT JAWAPAN
----------------------------
---------------------------
---------------------------

                                                                                                      Tarikh:
Pengetua
SMK Tinggi Kajang
43000 Kajang
Selangor

Tuan,

Majlis Anugerah Cemerlang 2013

Merujuk kepada perkara di atas, saya _______________________________
ibu/bapa/penjaga kepada ______________________________ tingkatan
______ ingin memaklumkan kehadiran seperti berikut:

 
Hadir
Tidak Hadir
Penerima Hadiah
 
 
Ibu
 
 
Bapa
 
 

                  Sila tandakan (     )  pada ruangan berkenaan
Sekian.
Yang benar,            

Nota:

Pengesahan Kehadiran ini hendaklah dikembalikan sebelum 12 April 2013 sama ada melalui pos, faks ( 03-87341478 )atau melalui SMS.

Talian untuk SMS bagi ialah 013-9582599 – Pn Sarleena bt Mamat (PMR), 012-3196221 - Pn Chia Lee Fong (SPM), 016-2420910 – Pn Hasrani (STPM). Sila nyatakan adakah penerima hadiah akan hadir atau tidak dan sama ada ibu bapa akan hadir bersama pada hari berkenaan

Jika ibu atau bapa ingin mewakili anak untuk menerima hadiah di atas pentas, sila maklumkan kepada AJK Pendaftaran pada hari berkenaan.

Terima kasih.

 

 

 

0 comments:

Post a Comment