Friday, April 12, 2013

Sambutan Ulang Tahun Penubuhan SMK Tinggi Kajang ke-94

                                                


          Sambutan Ulang Tahun Penubuhan SMKTK ke-94 yang diadakan pada 1 April yang lalu telah dirasmikan oleh YDP PIBG Prof. Madya. Dr. Ibrahim bin Abu Bakar. Majlis yang diadakan di Dataran Murni turut diserikan dengan acara memotong kek oleh barisan pentadbir bersama-sama dua orang pelajar yang menyambut ulang tahun kelahiran pada tarikh yang sama iaitu Nurhanani (6AB) dan Muhd Arif Syazwan (4C). Pelajar tingkatan 6AB iaitu Kamarul Ariffin telah membaca sebuah gurindam untuk acara persembahan . Majlis turut dimeriahkan lagi dengan bacaan sejarah sekolah oleh Pn. Shamsinah dan seterusnya mengendalikan acara kuiz. Dalam majlis tersebut juga, tetamu kehormat telah melancarkan Tabung Wira Lahad Datu bagi memohon sumbangan warga SMKTK sebagai tanda penghargaan atas perjuangan wira-wira negara yang telah terkorban kerana mempertahankan kedaulatan negara.

NURHANANI (6AB)

0 comments:

Post a Comment