Friday, April 5, 2013

KURSUS KEPEMIMPINAN PENGAWAS DAN PRS


 

          Seramai 40 orang pengawas dan 40 orang PRS telah terpilih untuk mengambil bahagian dalam Kem Kepemimpinan Pengawas dan Pembimbing Rakan. Kem tersebut telah diadakan pada 21 dan 22 Mac 2013 dan bertempat di Teratak River View, Hulu Bernam. Kem ini dikendalikan oleh Fais Excellence Training Resources. Objektif utama kem ini diadakan adalah untuk menanam sifat kepemimpinan dalam diri peserta-peserta. Selain dari itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kem itu berlangsung bertujuan untuk menguji daya ketahanan mental dan fizikal para peserta. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ‘night walk’, merentas halangan, ‘ice breaking’, dan ‘survival cooking’. Puan Rohayati Bt Abdul Rahman, Puan Sarleena Bt Mamat dan Encik Abdul Razak B Ramli ialah guru-guru pembimbing yang bertanggungjawab dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang kem tersebut.

0 comments:

Post a Comment