Tuesday, March 5, 2013

Pertandingan Pantun Peringkat Zon Semenyih



PERTANDINGAN PANTUN PERINGKAT ZON SEMENYIH

          Pada 28 Februari, SMK Tinggi Kajang telah menyertai Pertandingan Pantun peringkat Zon Semenyih yang diadakan di SMK Bandar Tasik Kesuma, Semenyih. Pasukan SMK Tinggi Kajang telah mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut. Pemantun sekolah kita diwakili oleh Azmil Ariff (3KAA), Muhd Hilmi (3KAA), Syazwan Shukor (3KAA), Syahmie Iman (3A), Luqman Hakim (4G) dan Zulfirdaus (4G). Azmil Ariff telah dinobatkan sebagai pemantun terbaik dalam pertandingan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan juga kepada Pn. Salbiah, Pn. Maizura (guru praktikal), Pn. Esah dan En. Arif Hadri bin Japri (bekas pemantun Sekolah 2004 – 2006) kerana telah bekerjasama melatih para pemantun.

MUHD HILMI BIN ALI (3KAA) 

0 comments:

Post a Comment