Tuesday, March 19, 2013

Kursus Kepimpinan Ketua/Peng. Ketua Tingkatan 2013

   

 

Pada 12 Mac yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan di Nilai University College.Tujuan kursus ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama kepada ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan di samping melatih mereka agar lebih berdisiplin dan amanah. Para peserta kursus telah terlibat dalam aktiviti “team building” yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka turut mendapat pendedahan tentang Nilai University College selain tugas dan tanggungjawab sebagai ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nilai University College dan semua pihak yang telah menjayakan kursus tersebut.
MOHD SHAFIQ FARHAN (4D)

 

0 comments:

Post a Comment