Tuesday, March 19, 2013

Pendakian Ke Puncak Gunung Nuang

 



Pada 17 Mac yang lalu , Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) telah mengadakan latihan pendakian di Gunung Nuang , Hulu Langat . Seramai 25 orang pelajar tingkatan 6 telah mengambil bahagian  dalam aktiviti tersebut . Latihan pendakian ini bertujuan untuk memantapkan kecergasan fizikal ,mental, dan spiritual sebagai persediaan untuk menawan puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei – 1 Jun 2013 . Pendakian ini diketuai oleh Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Rizal Bin Uzir dan beberapa orang guru lain iaitu En. Nik Suhaimi, En. Masery dan Pn. Noor Aini .

High School Kajang Boleh !
Asyraf Saari ( 6AB ) & Khairul Hazmir ( 6AA )

English Debate Competition



       On the 14th of Mac , an English Language Parliamentary Style Debate Competition was held at SMK Jasmin 2 . Five school participated in this debate . The representatives of our school were Muhammad Asyraaf Akmal b. Haja Maidin ( 5H ) , Yeo Jia Jeen ( 3A ) , Sutesh a/l Vasudhevan, Krishan Kandiah and Tiah Oon Hou ( 4H ) under the guidance of Cik Yashida Yasim & Pn Shabita Jayapalan . The objective of this competition is to challenge students to be critical thinkers and encourage them to be more fluent in their English proficiency . Our school team succesfully emerged zone champions after beating SMK Jasmin 2 and SMK Bandar Rinching. Congratulations !!!
Leslie Gan ( 6AC )

Public Speaking Competition


 

The finals of the Public Speaking Competition organized by the Muet Panel and The Sixth Form Society (MPP) was held on 4th March 2013 at the school hall. Prior to this, representatives from each class were chosen to participate in the semi-finals. From 18 contestants who participated, 10 of them were chosen to compete in the finals. Laneesha Karunagaran (6AG) emerged the winner. The first and second runners-up were Felicia Tan Hui Fern (6AH) and Suganyaa Ravichandran (6AC).
Suganyaa Ravichandran (6AC)

Kursus Kepimpinan Ketua/Peng. Ketua Tingkatan 2013

   

 

Pada 12 Mac yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan di Nilai University College.Tujuan kursus ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama kepada ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan di samping melatih mereka agar lebih berdisiplin dan amanah. Para peserta kursus telah terlibat dalam aktiviti “team building” yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka turut mendapat pendedahan tentang Nilai University College selain tugas dan tanggungjawab sebagai ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nilai University College dan semua pihak yang telah menjayakan kursus tersebut.
MOHD SHAFIQ FARHAN (4D)

 

Monday, March 18, 2013

JADUAL WAKTU KELAS TAMBAHAN MAC 2013


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG

JADUAL KELAS TAMBAHAN MAC 2013







TINGKATAN 3
Masa Tingkatan 8.30 - 10.30 10.30 - 12.30 Tempat
Hari M/P Nama Guru M/P Nama Guru
SABTU 3KAA  MATEMATIK PN MUNIRA SEJARAH PN ROSMAWATI 3KAA
23/3/2013 3A  SEJARAH PN ROSMAWATI  3A
3B  GEOGRAFI PN ROSMAWATI  KHB PN MISSURIYATI  3B
3C  KHB PN MISSURIYATI  GEOGRAFI PN ROSMAWATI  3C
3D  B.MELAYU PN ROSMAWATI  SAINS PN FAUZIAH 3D
3E/F/G  SAINS PN FAUZIAH  B.MELAYU PN ROSMAWATI  3E
ISNIN 3KAA  B.MELAYU PN ZAHARAH SAINS PN SRI LATHA 3KAA
25/3/2013 3A  SAINS PN SRI LATHA B.MELAYU PN ZAHARAH 3A
3B  MATEMATIK EN LEE A.H B.INGGERIS PN ZAINORA  3B
3C  B.INGGERIS EN AHMAD RIZAL MATEMATIK PN MUNIRA 3C
3D  GEOGRAFI EN MASERY  KHB PN MISSURIYATI 3D
3E/F/G  KHB PN MISSURIYATI  GEOGRAFI EN MASERY  3E
SELASA 3KAA  B.INGGERIS PN RAIHAN KHB PN MISSURIYATI 3KAA
26/3/2013 3A  KHB PN MISSURIYATI  B.INGGERIS PN RAIHAN  3A
3B  B.MELAYU PN WAN FATIMAH SAINS PN FAUZIAH  3B
3C  SAINS PN FAUZIAH B.MELAYU PN WAN FATIMAH  3C
3D  B.INGGERIS PN SHABITA  SEJARAH PN ROSLINA  3D
3E/F/G  SEJARAH PN ROSLINA B.INGGERIS PN SHABITA  3E
RABU 3KAA  B.ARAB PN RUZITAH 3D
27/3/2013 B.CINA PN CHIN C.T. 3E
B.TAMIL PN AMUTHA 3G







TINGKATAN 5
Masa Tingkatan 8.30 - 10.30 10.30 - 12.30 Tempat
Hari M/P Nama Guru M/P Nama Guru
SABTU 5A/B/C  B.MELAYU PN ROZITA
5A
23/3/2013 5D  MATEMATIK PN CHIA L.F. B.MELAYU PN SALBIAH  5D

5E  MATEMATIK PN MAZILA  FIZIK PN NORALINA 5E

5G  MATEMATIK PN MERAH SEJARAH PN DAMITHAH  5G

5H  MATEMATIK PN AZETA BIOLOGI PN SRI LATHA 5H
ISNIN 5A/B/C  B.INGGERIS PN HO M.Y. SEJARAH PN ROSMAWATI  5G
25/3/2013 5D  GEOGRAFI PN ROSMAWATI 
5D

5F  SEJARAH EN ALI SUMAN
5F

5H  SEJARAH PN DAMITHAH  ADD MATH. EN NG K.L 5H
SELASA 5F  SEJARAH EN ALI SUMAN ADD MATH. EN NG K.L 5F
26/3/2013 5G  SEJARAH PN DAMITHAH  BIOLOGI PN ASIAH  5G
RABU 5A/B/C  SAINS PN SURAYA  PERDAGANGAN PN MISSURIYATI 5A
27/3/2013 5D  PERDAGANGAN PN MISSURIYATI  SAINS PN SURAYA  5D

5E  KIMIA PN MAZNAN T.KJURUTERA'N PN HANIM  5E

5F ADD MATH. EN NG K.L KIMIA PN NORPIZAH 5F

5G  FIZIK PN NORALINA KIMIA PN MAZNAN 5G

5H  KIMIA PN NORPIZAH  ADD MATH. EN NG K.L 5H







TINGKATAN 6 ATAS
TARIKH MASA MATA  PELAJARAN TINGKATAN NAMA GURU TEMPAT  
                     ISNIN                      25/3/2013 9.00 - 10.00 MUET 6 ATAS SEMUA GURU MUET PSS
10.00 - 12.00  CHEMISTRY 6AG & 6AF EN RAMESH  5A
10.00 - 1.00 PERAKAUNAN 6AC PN KAN F.Y. 5B
10.00 - 12.00 KMK 6AB PN SHAMSINAH 5C
               SELASA                26/3/2013 8.30 - 10.30 BAHASA MELAYU 6AB PN HASRANI 5A
8.00 - 10.00 EKONOMI 6AC PN SITI YAMI  5B
8.30 - 10.00 BAHASA MELAYU 6AA PN SHAMSINAH 5C
10.30 - 12.30 PENGAJIAN AM 6AA EN RIZAL 5C
                   RABU                         27/3/2013 8.00 - 12.00 EKONOMI 6AA EN ZAMRI  5B
8.00 - 10.00 EKONOMI 6AC PN SITI YAMI 5C
                   KHAMIS                     28/3/2013 8.00 - 11.00 PENG, PRNIAGAAN 6AC & 6AD PN ROSLINI 5A
8.00 - 12.00 EKONOMI 6AA EN ZAMRI  5C







Mata Pelajaran Sejarah Wajib Lulus SPM 2013


Thursday, March 14, 2013

Majlis Pelantikan Dan Penyerahan Watikah Pengawas PSS Serta Pengawas SPBT


 

 
Pada 11 Mac yang lalu, telah diadakan Majlis Pelantikan Dan Penyerahan Watikah Pengawas Pusat Sumber serta Pengawas SPBT di Dataran Murni SMKTK. Seramai 39 pelajar telah dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber di bawah bimbingan Pn. Francisca Connie Gotoking, manakala seramai 34 pelajar telah dilantik sebagai Pengawas SPBT di bawah kendalian Pn. Paramesvary a/p Perumal. Tugas Pengawas Pusat Sumber adalah membantu meningkatkan pengurusan pusat sumber sekolah, manakala Pengawas SPBT pula membantu dalam pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks. Diharapkan pelantikan ini akan melancarkan pengurusan pusat sumber dan skim pinjaman buku teks.
Khairul Hazmir (6AA) & Effa Fazira (6AB)

Majlis Pelancaran & Perasmian Program Frg VLE & Bestarinet 2013



     Pada 11 Mac yang lalu, telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Frog VLE dan Bestarinet 2013. Program ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya dan membolehkan pendidikan dilaksanakan di mana-mana jua serta pada bila-bila masa. Majlis turut diserikan dengan penyampaian lencana Frog Champion dan ID murid kepada ketua-ketua Tingkatan 3,4, dan 5. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, En. Nik Mat Bin Nik Man Pengetua SMK Tinggi Kajang di Dataran Murni. 
Khairul Hazmir (6AA) & Effa Fazira (6AB)

Kejohanan "Road Run"



 

      Pada 22 Februari yang lalu, SMKTK telah mengadakan Kejohanan ‘Road Run’ peringkat sekolah di padang SMKTK. Pertandingan tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari. Empat kategori telah dipertandingkan iaitu Perempuan, Lelaki 1, Lelaki 2, dan Lelaki 3. Pertandingan ini diadakan saban tahun untuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam kokurikulum. Juara keseluruhan untuk pertandingan tersebut disandang oleh rumah Kindersley.

Muhammad Aiman (5H)

Pertandingan Merentas Desa Peringkat MSSS


            Pada 21 & 22 Februari yang lalu, pertandingan merentas desa peringkat MSSS telah dijalankan di Sabak Bernam. 2 orang pelajar SMK Tinggi Kajang telah terpilih untuk mewakili daerah Hulu Langat iaitu Kesaran Kumar a/l Kandasamy yang mengambil bahagian bagi kategori lelaki kelas 2 dan Hirmaal a/l Sivalingam bagi kategori lelaki kelas 1. Kesaran Kumar telah meraih tempat ke- 17 dan Hirmaal telah meraih tempat ke-16. Tahniah dan syabas kepada kedua-dua pelajar yang telah berjaya mewakili daerah.
Nasrullah (3B)

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38





Pada 23 Februari yang lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah mengadakan Mesyuarat Agung buat kali ke-38. Mesyuarat ini diadakan di Dewan Tan Sri Kadir Shamsudin SMK Tinggi Kajang. Prof. Madya Dr. Ebil b. Yusuf telah melepaskan jawatannya sebagai Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru setelah menyandang jawatan tersebut selama 9 tahun. Jawatan YDP PIBG kini disandang oleh Yang Berbahagia Dr. Ibrahim b. Abu Bakar. Semoga barisan ahli jawatankuasa PIBG yang baru dilantik akan dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada pihak sekolah.

Shahrul Naim (3KAA)

Laluan Pejalan Kaki




Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah membina laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 150m bermula dari pintu utama sehingga laluan bersebelahan surau sekolah. Kos pembinaannya dianggarkan berjumlah RM 30,000. Inisiatif ini dibuat untuk menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada para pelajar. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memerlukan dana tambahan yang dianggarkan berjumlah RM 5,000 untuk menyimen susur pejalan kaki tersebut. Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amatlah dialu-alukan.
Khalif Noor (3KAA)

Saturday, March 9, 2013

Wajib Lulus English SPM 2016...?

Muhyiddin: Mungkin wajib lulus bahasa Inggeris SPM 2016
Langkah ini seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

March 8, 2013

PORT DICKSON: Bahasa Inggeris berkemungkinan besar akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran berkata langkah ini seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Katanya perkara itu sedang diperhalus Kementerian Pelajaran dan pelaksanaannya kelak diharap akan menurunkan peratusan pelajar yang gagal mata pelajaran berkenaan dalam SPM.

“Kalau ikut kurikulum yang sedia ada, ada lebih kurang 20 peratus pelajar kita yang gagal bahasa Inggeris, tapi saya yakin bila kita perkenalkan syarat wajib ini maka peratusan itu akan menurun.

“Lebih-lebih lagi kalau kita dapati pelajar itu perlukan ‘intervensi’ kerana mereka lemah dalam pembelajaran bahasa Inggeris, kita boleh tokok dengan menyediakan program tuisyen (dan) memberikan tumpuan pada pelajar lemah.

“Dan mungkin akan diadakan kelas tambahan kalau sekiranya dianggap perlu di sekolah-sekolah yang terpilih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Memperkukuh Literasi dan Penguasaan Bahasa Inggeris’ peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa di sini hari ini.

Baca lagi di sini.

Wednesday, March 6, 2013

SEMINAR APRESIASI SASTERA PRA-U


 

SEMINAR APRESIASI SASTERA PRAUNIVERSITI

        Seramai 26 pelajar dari kelas 6AB telah menghadiri Seminar Apresiasi Sastera Prauniversiti Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan di Dewan Kuliah Dr Anwar Ridhwan, SMK Telok Datok pada 23 Februari yang lalu. Seminar ini diadakan untuk mendedahkan pelajar tentang aspek penghayatan sastera untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan pembelajaran di sekolah.. Pelajar berpeluang mengikuti pandangan 3 orang panel iaitu Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, Prof.Madya Dr. Misran Rokimin, dan En. Abang Patdeli bin Abang Muhi yang membicarakan teks Sulalatus Salatin dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Para pelajar diiringi oleh Pn. Shamsinah Ibrahim.
NURHANANI (6AB)


Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia 2013

 
 


MAJLIS PENYERAHAN BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

Pada 6 Mac telah berlangsung Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada setiap pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Kajang. Penyerahan BB1M bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan selain memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar di Malaysia. Nilai baucar juga meningkat daripada RM 200.00 kepada RM 250.00. Inisiatif ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar di seluruh Negara. Seramai 5 orang pelajar dipilih untuk menerima baucar daripada Tuan Pengetua di Dataran Murni. Penyerahan BB1M kepada pelajar lain dilakukan oleh guru tingkatan di dalam kelas masing-masing.
KHAIRUL HAZMIR (6AA)
 
 

Tuesday, March 5, 2013

Program Kecemerlangan SPM 2013



PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2013
Pada 26 dan 27 Februari yang lalu, satu program motivasi khusus bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi SPM pada tahun ini telah diadakan. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tingkatan 5E,F,G,H tentang cara penulisan ‘resume’ dan teknik menghadapi temu duga untuk kemasukan ke universiti serta cara pengurusan masa yang berkesan.Pelajar turut diberi motivasi mengenai persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Bengkel teknik menguasai mata pelajaran matematik pula dikhususkan kepada para pelajar tingkatan  5A,B,C,D. Program tersebut telah dikendalikan oleh wakil dari Portman College, Management Science, dan Math Clinic Centre. Diharapkan para pelajar yang terlibat dapat memanfaatkan segala informasi daripada program motivasi tersebut.
NASRULAH (3B) & HAZIM MIRZA (3E)