Tuesday, February 5, 2013

Dato' Sri Chee Hong Leong Menyumbang Untuk Alma Mater-nya


Dato' Sri Chee Hong Leong, sentiasa mengingati Alma Maternya iaitu Kajang High School kerana bermula dari sinilah pada awal tahun 80'an Dato' Sri Chee dapat berpijak di bumi nyata berada di kedudukan sekarang.  Oleh kerana itu Dato' Sri Chee telah bermurah hati memberikan sumbangan derma sebanyak RM12,000 bagi melengkapkan kos pembinaan sebuah gelanggang sukan di Kajang High School. Majlis Penyerahan Sumbangan tersebut telah dilaksanakan pada satu Majlis Perhimpunan Rasmi SMK Tinggi Kajang pada hari Isnin, 4 Februari 2013. Sumbangan telah disampaikan oleh pegawai peribadi Dato' Sri Chee Hong Leong kepada Pengetua SMK Tinggi Kajang, Y.Bhg.Tuan Nik Mat bin Nik Man.

 
 

Semoga lebih ramai lagi Old Boys dan tidak lupa juga Old Girls of Kajang High School dapat mengikut jejak langkah Dato' Sri Chee Hong Leong dapat menyumbang semula kepada 'orang tua' mereka yang telah dilahirkan pada 1919 iaitu Kajang High School yang sememangnya menantikan kepulangan mereka.

0 comments:

Post a Comment