Saturday, January 29, 2011

Gong Xi Fa Cai - 03.02.2011 (4708)




Nak Naik Pangkat Punya Pasal

Kosmo bertarikh 16 Januari 2011 – 600 GURU KANAN KEMPUNAN NAIK PANGKAT



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin memberi maklum balas kepada Laporan Akhbar KOSMO bertarikh 16 Januari 2011 – 600 guru kanan kempunan naik pangkat.

Jawatan Guru Besar merupakan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan Gred DGA34 dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 (Hakiki). Buat masa ini, masih belum wujud jawatan Guru Besar, PPPS Gred DG41 (Hakiki).

Pengisian bagi jawatan Guru Besar PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34 adalah berdasarkan kepada urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPPLD yang diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Pengisian jawatan-jawatan tersebut adalah perlu merujuk kepada waran perjawatan yang diluluskan oleh Kerajaan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) iaitu jawatan yang khusus untuk PPPLD.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian telah bersetuju untuk memberi kelulusan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan (SK) yang melanjutkan pelajaran secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bagi Ijazah Pertama dan dilantik sebagai PPPS Gred DG41 untuk dikekalkan di SK atas jawatan yang sama secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Pengekalan di atas jawatan Guru Besar dan Penolong Kanan secara KUP adalah kerana jawatan-jawatan tersebut merupakan jawatan-jawatan PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34.

Berdasarkan semakan, didapati 600 orang Guru Penolong Kanan tersebut telah dilantik sebagai PPPS DG41 dan berada dalam skim perkhidmatan yang berbeza.
 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Monday, January 24, 2011

Majlis Perasmian Program NILAM 2011

Ucapan Perasmian

Menyampaikan sijil Nilam

Penerima anugerah Nilam Sesi

 
Persembahan Coral Speaking 5H



Majlis Perasmian Sesi Pagi disempurnakan oleh Tuan Pengetua En. Nik Mat bin Nik Man
Dataran Murni
24/1/2011




Majlis Peramias Sesi petang disempurnakan oleh Penolong Kanan Petang
Pn Khadijah bt Omar

Sunday, January 23, 2011

Jangan Lawan Tapi Elok Juga Bagi Guru-Guru Setia Kepada Kerajaan!


tenang by election nomination day 220111 shahidan kassim muhyiddin yassinKerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan.

"Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan.

"Sebab guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi. Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu ada di situ,”
Baca lagi di sini.

Saturday, January 22, 2011

Bulan Sabit Merah Malaysia Kajang High School Representatives at Mount Fuji Meeting


Mt. Fuji Meeting - Bulan Sabit Malaysia - Kajang High School -

Tuesday, January 18, 2011

Sekitar Majlis Anugerah Cemerlang dan Pelajar Setia 2010






Majlis pada 17/1/11 telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua En. Nik Mat bin Nik Man, Pengerusi PIBG Prof Madya Dr Ebil Yusof dan SI Zainol Abidin Abd Hamid.

Majlis Penghargaan Warga KHS kepada Pihak SYABAS




Satu majlis menghargai kepada pihak SYABAS dari Warga KHS telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua En. Nik Mat bin Nik Man
Pihak SYABAS telah membantu pihak pengurusan menyelesaikan masalah air di sekolah yang berlarutan selama 2 tahun.

Monday, January 17, 2011

Gara-Gara Mengutip Yuran PSKPP Guru Jadi Meradang Kerana Dedah Maklumat Sulit - KPM Jawab Itu Tidak Benar



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan Sinar Harian bertarikh 14 dan 15 Oktober 2010 – Guru meradang maklumat sulit didedah.
Siasatan yang dijalankan mendapati kenyataan tersebut adalah tidak berasas. Untuk makluman, surat yang diedar oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan dipanjangkan ke sekolah-sekolah pada 25 Mei 2010 adalah berkenaan kutipan yuran tahunan PSKPP Negeri Selangor dan dilampirkan bersama-sama borang keahlian yang tiada terdapat kenyataan mengenai tunggakan bagi setiap guru. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah juga telah memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa kutipan yuran keahlian PSKPP adalah berbentuk sumbangan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Wednesday, January 12, 2011

Tarikh Peperiksaan Awam 2011

Tarikh Peperiksaan Awam 2011

Kepada Pelajar-Pelajar Kajang High School, Jangan Perkara Seperti Ini Berlaku Di Kajang High School!

Kes buli pelajar di Kedah, 5 pelajar ditahan

Seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Alor Star dikatakan retak lutut kirinya selepas didakwa dibuli oleh lima orang pelajar Tingkatan Tiga sekolah yang sama Ahad lepas.

Johari Zainon, 35, iaitu bapa kepada Mohd Syazwan Johari, 14, berkata setelah diperiksa di hospital, lutut anaknya itu didapati retak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt Baharom Abu berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan tengah malam tadi dan lima pelajar telah ditahan kira-kira 2.30 petang hari ini di hadapan sekolah berkenaan.

Baca lagi di sini.


Tuesday, January 11, 2011

Pekeliling Kewangan Bil. 3 Tahun 2011: PERATURAN MENGENAI PERBELANJAAN UNTUK MERAIKAN PESARA

TUJUAN: Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan untuk meraikan pegawai Perkhidmatan Awam yang bersara.
Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini atau di sini.

Monday, January 10, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF KATEGORI (MATRIKULASI / ASASI) FASA 1 SESI AKADEMIK 2011/2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF KATEGORI (MATRIKULASI / ASASI) FASA 1 SESI AKADEMIK 2011/2012

Klik sini

Sunday, January 9, 2011

Perhatian Untuk Guru-Guru Yang Akan Dilantik Menjalankan Tugas Ini Tahun 2011 - Tak Usah Tulis Surat Macam Ini Lagi!

MENAMBAH ELAUN PENGAWASAN PEPERIKSAAN PMR



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “GARUPALE:BHA14919” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian 21 Disember 2010.
KPM merujuk kepada SMS – Sudah tiba masanya Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menambah elaun pengawasan peperiksaan PMR. Elaun RM75 tidak setimpal dengan tanggung jawab yang besar..

Lembaga Peperiksaan ingin menjelaskan bahawa kadar bayaran kepada pengawas peperiksaan awam telah disemak semula pada tahun 2007. Bayaran dibuat dengan merujuk kepada kadar yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui surat KK/BP 10/441/79(SK.1/2007)(15) bertarikh 28 September 2007.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kerana Tak Pi Mesyuarat Agong PIBG Lah Ni!

ABAI MESYUARAT PIBG PUNCA IBU BAPA TAK FAHAM PERBEZAAN YURAN

Cuti Belajar Peringkat PhD dan Master Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

Permohonan Online Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

Adalah dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2011 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana akan dibuka mulai 19 Januari 2011 hingga 18 Februari 2011.
 
Sekian, harap maklum.
 
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Catatan: Kepada guru-guru KHS yang berminat dan layak sila bersedia ambil tindakan yang sewajarnya. 

Friday, January 7, 2011

NUTP Cadang Sistem Penilaian Baru Naik Gaji

 
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya sistem baru untuk menilai prestasi kerja penjawat awam kelak hanya membabitkan soal pergerakan gaji kakitangan dan bukannya untuk tujuan kenaikan pangkat.

nutp national union of teaching professionPresidennya, Hashim Adnan, berkata urusan kenaikan pangkat perlu diserahkan sepenuhnya kepada ketua jabatan yang membuat penilaian berdasarkan prestasi dan pengalaman.

Menurut beliau, cara begitu akan memberi peluang kepada guru terutamanya untuk naik pangkat selepas lama berkhidmat tanpa perlu memikirkan soal perlu lulus sebarang peperiksaan awam seperti sebelum ini.
 
 
Baca lagi di sini:


Monday, January 3, 2011

Tahniah dan Syabas Kepada Murid Cemerlang PMR 2010


Murid Cemerlang (Mendapat Semua A) PMR 2010
Barisan depan: 9A
Barisan kedua: 8A
Barisan 3 & 4: 7A


Hari Pertama Sesi Persekolahan 2011

Wajah KHS 2011
Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Amanat Pertama Tuan Pengetua
En Nik Mat bin Nik Man

Murid KHS pada perhimpunan pertama sesi 2011

Warga Guru KHS 2011

Warga murid 2011