Tuesday, May 17, 2011

KPM Jawab Pertanyaan Perihal Pemberian Biasiswa Guru Di Bawah Skim Cuti Belajar

Utusan Malaysia bertarikh 11 Mei 2011 – BERIKAN BIASISWA GURU DI BAWAH SKIM CUTI BELAJAR

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Cekal, Selangor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia bertarikh 11 Mei 2011 – Berikan biasiswa guru di bawah skim cuti belajar.

Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) mula dilaksanakan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2010. Program ini diadakan sebagai alternatif kepada Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) yang ditangguhkan pada tahun 2010. Selain daripada Program HLP, program-program lain yang melibatkan biasiswa juga ditangguhkan pada tahun 2010.

Seramai 182 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) telah ditawarkan CBBP TB untuk mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun 2010.

CBBP TB Tahun 2010 telah jelas menyatakan bahawa PPPS yang diluluskan mengikuti program ini hanya diberikan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh sahaja dan PPPS berkenaan dikehendaki membiayai sendiri yuran pengajian serta kos-kos yang berkaitan pengajian.

Sepanjang mengikuti pengajian dibawah program CBBP TB, PPPS masih diberi menikmati kemudahan berikut:

i) Diberi gaji penuh dan elaun-elaun yang berkelayakan;
ii) Diberi pergerakan gaji sebenar sepanjang tempoh kursus sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2002;
iii) Boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat sekiranya memenuhi syarat;
iv) Tempoh CBBP TB tidak menjejaskan kekananan;
v) Tempoh CBBP TB boleh di masuk kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Untuk pengesahan, baca di sini.

0 comments:

Post a Comment