Monday, January 17, 2011

Gara-Gara Mengutip Yuran PSKPP Guru Jadi Meradang Kerana Dedah Maklumat Sulit - KPM Jawab Itu Tidak Benar



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan Sinar Harian bertarikh 14 dan 15 Oktober 2010 – Guru meradang maklumat sulit didedah.
Siasatan yang dijalankan mendapati kenyataan tersebut adalah tidak berasas. Untuk makluman, surat yang diedar oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan dipanjangkan ke sekolah-sekolah pada 25 Mei 2010 adalah berkenaan kutipan yuran tahunan PSKPP Negeri Selangor dan dilampirkan bersama-sama borang keahlian yang tiada terdapat kenyataan mengenai tunggakan bagi setiap guru. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah juga telah memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa kutipan yuran keahlian PSKPP adalah berbentuk sumbangan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment