Sunday, November 14, 2010

Puisi untuk yang study

Anda sudah dirai
cukup-cukup bersenang hati
buatlah ulangkaji
semoga bertambah informasi
memenuhi benak memori
bersedia menjawab soalan dari setiap segi
moga score markah yang tinggi
pemeriksa tak persoal lagi
result yang bagus keluar nanti
boleh mahon mana-mana Universiti
yang anda hajati
saya hanya mampu restui
ilmu yang telah diberi.

Jangan dilupa pada janji
yang telah dimeteri
ingin belajar sesungguh hati
mencapai prestasi tertinggi
melayakkan diri
ke pusat pengajian tinggi
baru boleh puas hati
jangan duk goyang kaki
kelak menyesal ke akhir nanti
ada masa ini
boleh usaha lagi
biar pengsan sekali
janji masuk Universiti.

Cikgunikmie
31/10/2010
12.40 am

0 comments:

Post a Comment